Rabu, 11 Disember 2013

Ohzarina : Amalan Untuk Memperolehi Zuriat


Amalan pertama
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
Baca Bismillah 1 kali
Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan (Umpamanya: "Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Selasa, 10 Disember 2013

Ohzarina : Soal Berkhatan Dan Melahirkan


..rata2 lelaki & wanita, bila ditanya soal berkhatan & melahirkan, mereka akan menjawab ''sakit....''

dan bila soalan ditanya lagi kepada lelaki ''nak berkhatan sekali lagi?'' mereka akan menjawab ''cukuplah hanya sekali''

tetapi, bila soalan yang sama ditanya kepada wanita ''serik tak nak bersalin untuk kali kedua?'' jawapannya amat berbeza.. ''saya takkan serik biarpun gantinya adalah nyawa saya..'' Allahurabbi.. 

Isnin, 9 Disember 2013

Ohzarina : Gaya Seorang Anak


Sabar dengan sifat kanak-kanak........!!

Jumaat, 6 Disember 2013

Ohzarina : Sebelum Dan Selepas Menjadi Seorang Ibu


♥Boleh tidur sesuka hati dan bangun lewat. Setiap hari mesti dapat gosok gigi 3 kali sehari, dan sikat rambut. Pakain pun kemas dan boleh bergaya di rumah sentiasa

♥Rumahku sentiasa berkemas rapi, tidak pernah tersadung kaki dengan permainan berterabur merata. Pokok bunga terjaga dan boleh disirami setiap hari

♥Daku tidak pernah merasa dimuntahkan dan kerap mencuci najis di pakaian , tilam dan merata tempat. Bau segalanya yang perlu dicuci itu boleh buat hilang selera beberapa hari


Selasa, 3 Disember 2013

Ohzarina : Cara Nabi Berzikir


Inilah cara nabi iaitu Rasulullah bertasbih....

Isnin, 2 Disember 2013

Ohzarina : Cara Terbaik Cepat Hamil


Kehamilan bagi seorang wanita adalah impian setiap pasangan yang telah berkahwin. Ramai pasangan suami isteri yang telah menunggu lama untuk dapat mempunyai anak tetapi masih belum dikurniakan anak.

Namu bagi pasangan yang masih belum dikurniakan anak, ada beberapa tips atau cara untuk Cepat Hamil Setelah Berkahwin, cara yang mudah untuk dipraktikkan:

Tips Cepat Hamil Setelah Berkahwin

Jumaat, 15 November 2013

Ohzarina : Wanita Bakar Diri Sebab Dicerai Talak Tiga


membunuh diri gambar hiasan
Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.
              
Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Khamis, 14 November 2013

Ohzarina : Kenapa Anak Suka Mengamuk

Pakar kanak-kanak mendapati anak berumur antara 16 bulan hingga tiga tahun akan selalu mengamuk atau throw temper tantrums. Ini adalah perkembangan yang normal kerana kanak-kanak peringkat itu mempunyai kemahuan tinggi dan mereka juga egosentrik atau mementingkan diri (terutama pada umur dua tahun). Mereka juga sedang belajar untuk menjadi lebih berdikari dan suka melakukan sendiri banyak perkara.

Rabu, 13 November 2013

Ohzarina : 10 Tips Untuk Banggun Subuh


Ramai golongan pekerja sanggup bangun awal untuk pergi ke pejabat asalkan punch card tidak merah. Tetapi kenapa masih ramai yang masih liat bangun solat Subuh? Motivasikan diri anda untuk lebih mudah dan bersemangat bangun Subuh tanpa sebarang alasan berdasarkan tip berikut:

Selasa, 12 November 2013

Ohzarina : 6 Jenis Wanita Yang Jangan Dikahwini


Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Isnin, 11 November 2013

Ohzarina : Petua Imam Syafie Untuk Lelaki


Berikut adalah pesan/petua Imam Syafie untuk lelaki:

Empat perkara menguatkan badan:

·         Makan daging
·         Memakai haruman
·         kerap mandi

·         Berpakaian dari kapas

Jumaat, 8 November 2013

Ohzarina : Cara Masuk Rumah Baru Beli


Menurut buku rawatan Islam yang disusun oleh Dato’Dr Harun Din, cara untuk memasuki rumah baharu ialah seperti berikut:

Khamis, 7 November 2013

Ohzarina : Petanda Wanita Hidap Sakit Jantung


Bagi wanita, selepas beberapa kajian dilakukan, menunjukkan bahawa wanita cenderung mempunyai tanda-tanda tertentu sebelum diserang dengan serangan jantung. Dan selalunya, mereka (wanita) tak sedar akan tanda-tanda tersebut.

Mengikut kajian National Institutes of Health dan disiarkan di dalam Circulation : Journal of the American Heart Association, 95 peratus wanita yang pernah diserang serangan jantung ni dilaporkan mengalami suatu simptom yang belum pernah diorang hadapi sebulan atau lebih dari masa serangan jantung tu berlaku.

Rabu, 6 November 2013

Ohzarina : 12 Tips Isteri Perlu Berani Di Ranjang


Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yang anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bersama”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kepada pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yang dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1.    Berani berinisiatif

Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya datang daripada pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin untuk melakukannya.


Sepatutnya dalam kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif kerana cara begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami untuk “bersama”

Selasa, 5 November 2013

Ohzarina : Rahsia Isteri Yang Setiap Suami Perlu Tahu


1.    " Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "


2.    " Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

Isnin, 4 November 2013

Ohzarina : Ustazah Ditangkap Berkhalwat Ketika Suami Di Makkah


Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Ohzarina : 5 Keadaan Yang Akan Membuat Kita Tersenyum Tanda Syukur


1-Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga..

2-Senyumlah apabila anda pergi bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan...


Jumaat, 1 November 2013

Ohzarina : Bapa Kurung Anak Sendiri


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun bukan saja dimaki dan dipukul ayahnya sendiri, malah turut dikurung dalam reban ayam gara-gara tindakannya yang gemar ke rumah kakaknya dalam kejadian di Kampung Teluk Pasu, Manir di sini, Ahad lalu.


Menurut sumber, nasib menimpa kanak-kanak malang itu hanya diketahui kakaknya berusia 20 tahun yang tinggal di Kampung Losong Megat Hussin, di sini, kira-kira jam 8 malam hari sama selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada seorang lagi adik perempuannya yang memaklumkan perbuatan ayah mereka.

Rabu, 30 Oktober 2013

Ohzarina : 20 Sunnah Rasulullah Yang Jarang Kita Dilakukan


 Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnat pula berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:

1.    Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya

Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Selasa, 29 Oktober 2013

Ohzarina : Kenapa Bahayanya Makan Hati Ayam???



 Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?

Isnin, 28 Oktober 2013

Ohzarina : Mayat Isteri Suka Melakukan Zina Dihurung Lintah



Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.


“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Ohzarina : 9 Ciri Wanita Idaman Lelaki


 Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1.    Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

Khamis, 24 Oktober 2013

Ohzarina : 12 Cara Hilangkan Jerawat Muka


Berikut adalah petua yang boleh dicuba untuk menghilangkan jerawat.


1.    Daun Sirih -  Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih hingga cuci.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Ohzarina : Isteri Hanya Mampu Lihat Suami, Anak Mati Lemas


ROHAYA (kanan) yang sebak ketika menceritakan tragedi kematian suami dan anaknya ditenangkan anggota keluarga di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
Seorang wanita hanya mampu melihat suami dan anak bongsunya yang berusia tiga tahun mati lemas setelah mereka terjatuh dari bot yang senget selepas dilanda angin kencang.

Khamis, 10 Oktober 2013

Ohzarina : Teknik Laser Ketatkan Vagina Isteri Anda



Menurut Profesor Nicola Zibernati ,kaedah menganjalkan vagina dengan menggunakan teknologi laser telah lama diperkatakan dan sehebat mana keanjalan boleh dicapai bergantung kepada jenis laser dan teknik yang digunakan.

Rabu, 9 Oktober 2013

Ohzarina : 10 Tanda Awal Kancer Payudara


Kanser atau barah adalah nama penyakit bagi salah satu tumor ganas yang sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat terutamanya kaum wanita dan ia sukar diramalkan. Banyak faktor yang mempengaruhi dan terdapat banyak jenis. Dikatakan sampai kini kanser masih menduduki peringkat pertama dalam kes kematian di dunia. Salah satu jenis kanser adalah kanser payudara. Penderita penyakit ini terus bertambah saban tahun namun, hanya segelintir sahaja yang mengetahui gejala kanser payudara ini.

Ohzarina : 6 Kelebihan Mandi Sebelum Subuh



Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

Ohzarina : Dendam Pada Suami, Isteri Menjadi Mangsa Rogol

Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.


Sumber polis berkata, ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.

Selasa, 8 Oktober 2013

Ohzarina : Suami Isteri Disarankan Bergadu Seminggu Sekali


Perkahwinan mana yang sntiasa bahagia.. Kadang-kadang pasti akan ada selisih faham. Itu semua adalah normal. Yang abnormalnya kalau berkahwin tak pernah bergaduh atau berkahwin tak pernah tak bergaduh setiap hari.

Sekali-sekala bergaduh ada kebaikannya, masa tu lah skill pujuk memujuk akan diguna pakai. Gaduh-gaduh manja mengeratkan lagi hubungan kasih sayang suami isteri.

Ohzarina : Tips Untuk Bekas Kekasih Nak Kembali


Putus cinta adalah normal dan biasa berlaku. Sebab dan musabab ada terlalu banyak tapi kebiasaan kita dengar membabitkan tiada persefahaman dan keserasian. Malah ada atas desakan lain seperti sikap dan perangai pasangan ataupun halangan keluarga.

Walau apa sekalipun alasannya, senario ‘break off’ adalah sesuatu yang biasa dan bukannya pelik. Mengikut kajian sebuah majalah remaja, lebih 80% sesebuah hubungan itu putus atas kerana tiada persefahaman. Mulanya semua indah tapi lama-kelamaan ada saja yang silap dan salah.

Jumaat, 20 September 2013

Ohzarina : Apa 12 Barisan Di Akhirat ?


Suatu ketika, Muaz Bin Jabal RA mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:

Ohzarina : Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Khamis, 19 September 2013

Ohzarina : 20 Amalan Memurahkan Rezeki



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Amalan Memurahkan Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Diantaranya:

Ohzarina : Hentikan Anak Menghisap Ibu Jari


Setiap anak kita mesti ada ragam dan habit masing-masing kan. Ada dikalangan anak kita suka hisap puting dan ada juga yang hisap hujung bantal.Apa yang perlu dilakukan sekiranya anak kita suka menghisap jari? Bukan tidak boleh tetapi untuk mengekalkan kebersihan untuk anak kita juga. Lebih baik mencegah dari mengubati.

Berikut merupakan sedikit petua yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. InsyaAllah.Petua Untuk Menghentikan Anak Menghisap Ibu Jari

Rabu, 18 September 2013

Ohzarina : Kenapa Lelaki Muda Suka Kahwin Wanita Berusia?


1. Lebih matang dan berpengalaman - Wanita berusia manjanya beralas, tidak gedik-gedik sangat. Pernah anda lihat wanita umur 40-an gedik-gedik pakai serba pink duduk di shopping complex?

Selasa, 17 September 2013

Ohzarina : Bagaimana Lelaki Hadapi Putus Cinta


Bagaimana kaum lelaki menangani dan mengawal perasaan mereka setelah menghadapi cinta yang tak kesampaian?

1. Tidak pernah rasa simpati

Ego yang tinggi menjadikan lelaki tidak mempunyai rasa simpati pada diri mereka sendiri. Sekiranya hubungan cinta bersama wanita yang disayanginya berakhir, mereka tidak terbawa-bawa dan kebiasaannya rutin harian mereka akan berjalan lancar seperti biasa.

Isnin, 26 Ogos 2013

Ohzarina : Cara Menaikkan Nafsu Seks Suami Dan Isteri


Ini merupakan 11 teknik atau tips untuk menaikkan nafsu seks suami dan isteri.  Semoga ada manfaatnya kepada anda sama ada sebagai seorang suami ataupun isteri

1. Pakailah pakaian yang seksi-seksi – Kalau boleh yang singkat dan nampak sedikit bahagian-bahagian yang menghairahkan.

Ohzarina : Tanda-tanda Seseorang itu Pembohong


Bagi mengelakkan anda terpedaya dengan pembohongan ini maka kenali 14 tanda yang boleh dibaca dengan jelas oleh mereka yang mahu menutup kebenaran dari anda.

1.    Tidak mampu bertentang mata

Hal yang paling biasa apabila seseorang berbohong adalah dengan melihat wajah mereka. Terutama di mata. Biasanya orang yang sedang berbohong tidak mampu bertentang atau menatap mata dengan anda. Si dia juga semakin sering mengerdipkan mata. Biasanya seseorang akan berkedip sebanyak 15 hingga 20 kali seminit tetapi dalam keadaan malu, tegang dan berbohong, kadar stres yang meningkat akan menyebabkan si dia lebih banyak mengerdipkan mata.

Isnin, 29 Julai 2013

Ohzarina : 7 Tips Ciri Memilih Pasangan


 Sensitif……. bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka. 

Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira. Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang cucu secepat mungkin.

Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.

Namun ada juga umur baru genap angka dua puluh, sudah ‘gatal’ mendirikan rumah tangga. Macam sudah benar-benar bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Sudah pasti emak dan ayah menjadi rujukan.

Ahad, 28 Julai 2013

Ohzarina : Bagus Sangat Ke Bermadu


Persepsi lelaki memiliki lebih dari satu isteri dalam kalangan masyarakat terutama di Malaysia agak ketara perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, bagi penulis, pemikiran kita sendiri yang membentuk idea dan pandangan terhadap sesuatu isu sama ada menjurus kepada penderitaan atau kebahagiaan.


‘Gula’ 

Sabtu, 27 Julai 2013

Ohzarina : Kecewa Isteri Ada Hubungan Sejenis Suami Bunuh Diri


Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.

Jumaat, 26 Julai 2013

Ohzarina : Tip Sebelum Meluahkan Perasaan Pada Si Dia


Tip mempersiapkan diri sebelum meluahkan perasaan kepada si dia

1. Keyakinan

Yakin dengan perasaan anda terhadap dia adalah satu perasaan yang sangat ikhlas dan bukan kerana kesunyian ataupun tercabar dek ketiadaan pasangan seperti orang lain. Semua orang tahu, dalam apa juga yang kita lakukan haruslah ada keyakinan. Jadi mestilah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang sudah anda lakukan agar tiada sesal pada kemudian hari. 

Khamis, 25 Julai 2013

Ohzarina : Allahyarham Umi Kalthum Tinggalkan Nota Akhir


 Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.

Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

“Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Ohzarina : Mati Dibunuh, Angota Badanya Diikat


Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.

Ohzarina : Bagaimana nak kurangkan Ketiak Berpeluh


 “Bagaimana nak kurangkan peluh? Malu sebab mata orang akan tertumpu pada bahagian berpeluh terutamanya kalau ketiak sudah lencun dulu. Lebih takut kebanyakan mereka yang berfikiran kononnya kita tidak bersih,” kata seorang gadis yang bertahun-tahun bertanyakan soalan sama.

Sekilas fakta berkenaan peluh, ia berasal daripada darah dan mengandungi air serta natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuhan yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. 
Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perpeluhan tidak sedar - yang mana peluh sentiasa dihasilkan tapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.

Keduanya perpeluhan nyata yang mana ia terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila proses sejatannya terganggu.

Rabu, 24 Julai 2013

Ohzarina : Sisatan 4 Gadis Muslim Sertai Ratu Cantik

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka kertas siasatan terhadap kenyataan empat peserta pertandingan Ratu Cantik yang digugurkan kerana fatwa tidak membenarkan wanita Muslim di Malaysia menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan mereka yang nekad mahu meneruskan pertandingan itu pada 2 Ogos depan biarpun telah dibatalkan penyertaan mereka.

Ohzarina : Gambar Ainan Tasneem Kemalangan


 Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dipetik menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Ohzarina : Giliran Anak Menjadi Mangsa Buaya


TERSELAMAT: Annuar ditemani isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei setelah dirujuk dari Hospital Saratok, 

Selang satu tahun, 10 bulan dan satu hari selepas Sulaiman Abdullah, 66, dari Kampung Melayu Roban diserang buaya ganas yang diberi jolokan ‘Bujang Seblak’ oleh penduduk tempatan, kejadian sama berlaku pula ke atas anaknya, Annuar Sulaiman, 39.

Bezanya, Annuar terselamat dalam insiden terbaharu, manakala bapanya terkorban dibaham buaya berkenaan.


Abang mangsa, Endoi Sulaiman, 42, yang bersama mangsa sewaktu kejadian berkata, dia tidak menyangka hampir menjadi saksi yang sama untuk kali kedua dalam kejadian itu.

Ohzarina : Punca Sebenar Abby Abadi Kahwin Di Thailand

Bukan saja kisah perkahwinan Ashraf Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan oleh orang di luar sana.


Ramai yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.

Selasa, 23 Julai 2013

Ohzarina : Pemain Badminton Bertumbuk Ketika Perlawanan


Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan.Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas.


Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...