Rabu, 10 April 2013

Ohzarina : Punca Kemarahan




Menurut Imam Al-Ghazali, 10 punca menyebabkan sifat marah:

1)    Rasa bangga diri (sombong)
2)    Takjub kepada peribadi sendiril
3)     Suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas  
4)    Suka bercakap perkara sia-sia
5)     Suka membuat fitnah
6)    Suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
7)     Khianat
8)    Tamak kepada harta dan pangkat
9)    Tidak dapat mengendalikan nafsu
10)  Emosi dengki dan irihati.



Apabila seseorang itu marah maka pergerakan fizikalnya akan turut berubah. Api kemarahan semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata tidak teratur, bahasanya lucah, kasar dan bersifat menghina.Orang yang marah akan merendah-rendahkan orang dimarah, muka dan matanya menjadi merah, badannya terketar-ketar, tangan dan kakinya menjadi ringan untuk memukul dan menghentam, akalnya pada waktu itu tidak digunakan secara betul, semua tindakan mengikut nafsu kemarahannya.

Bagi orang yang waras, tentu kita tidak sanggup melihat keadaan kita sewaktu marah jika ia dirakam dan ditayang semula untuk menontonnya. Bagi orang yang kena marah mungkin akan berdiam diri, kadang kala melawan dengan kata-kata atau kekuatan.

Marah turut berlaku kepada individu yang mempunyai kedudukan seperti orang agama berstatus ustaz, ustazah, tuan guru, ulama, marah dan melenting.

Marah yang dipuji adalah marah yang pertengahan, iaitu marah bertempat. Contohnya, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat. Nabi SAW mengajar dalam sabdanya yang bermaksud: “Suruhlah anak kamu bersolat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka yang tidak mahu bersolat ketika berumur 10 tahun dan pisahkan mereka dari tempat tidur.”

Sumber : Klik Sini


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...