Khamis, 27 Jun 2013

Ohzarina : Fahami Tentang Lelaki


Bagi wanita di luar sana mahu memikat kaum adam atau mahu menjernihkan hubungan dengan lelaki, sedikit tips tentang lelaki. :

1.    Hidup Lelaki Lebih Mudah

Lelaki tak suka bahasa kiasan atau berbelit-belit. Pendek kata bahasa yang mudah di fahami kerana lelaki tidak suka memikirkan perkara remeh-temeh berbanding wanita.

2.    Bibir & Hati Berkata Yang Sama.

apa yang lelaki fikir itulah yang akan di kata. Ada juga lelaki yang tidak suka berkata tetapi memilih untuk menterjemahkannya dalam bentuk perbuatan.


3.    Lelaki Lebih Suka Membisu.


Lelaki lebih suka membisu bila berbincang isu yang sensitif. Bukan takut menghadapi realiti tetapi mahu mengelakkan dari mengeruhkan suasana. Pendek kata menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan wanita

1.    Lelaki Tidak Suka Rimas

Lelaki tidak suka perempuan yang asyik mengintip setiap pergerakannya. Lelaki mahukan kebebasan. Lelaki juga rimas bila perempuan asyik SMS tanya "buat apa?" hampir setiap hari.

2.    Rahsia Lelaki

Lelaki tidak suka membongkar rahsia hati mereka. Cara yang terbaik untuk wanita ialah memahami bahasa badan lelaki kerana ia menggambarkan keadaannya ketika itu.

3.    Lelaki Tidak Suka Di Paksa

Lelaki tidak suka bila ada wanita memerintahnya selain dari ibu, kakak dan pegawai atasannya. Ini adalah kerana ego lelaki adalah tinggi. Kalau ada lelaki yang patuh kepada wanita adalah kerana rasa hormatnya.

4.    Jujur Itu Penting Bagi Lelaki.

Lelaki suka wanita yang jujur dan bercerita apa sahaja serta tidak menyembunyikan perkara-perkara berkaitan.

5.    Lelaki Tidak Suka Di Kritik.

Lelaki pantang di kritik. Ini boleh menimbulkan konfrantasi. Jalan terbaik untu mengkritik adalah dengan berjenaka dan bahasa yang lembut.

6.    Sokongan Penting Bagi Lelaki.

Lelaki amat memerlukan sokongan serta kata-kata semangat dari wanita kesayangannya. Oleh itu jadilah pendengar yang baik untuk lelaki.

7.    Terima Hakikat Lelaki Insan Yang Ego.

Terimalah hakikat lelaki itu ego. Jangan memperlekehkan ego lelaki. Jika ego lelaki di terima, ini bermakna anda menyenangi mereka.


Sumber : Klik Sini

1 ulasan :

  1. to mr z..i miss u, even though im not ur partner in life..but im always pray u are mine in jannah..did u feel my feeling..i miss u.i love u.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...