Khamis, 27 Jun 2013

Ohzarina : Manfaat bawang Terhadap Suami



Manfaat bawang untuk hubungan biologi suami isteri iaitu dengan menggunakan sediaan ubatan tradisional dan diambil dalam bentuk makanan. Masih terdapat dukun patah di kawasan pedalaman menggunakan minyak urut disediakan dengan memasak minyak kelapa yang dicampurkan dengan bawang kecil dan lada hitam yang ditumbuk.

Di sebalik bau yang tidak enak, minyak urut bawang (singkatan: minyak bawang) dikatakan antara minyak urut yang….. 


…….mujarab.Minyak bawang antara lain didapati meredakan bengkak, meredakan kekejangan otot dan membantu melancarkan peredaran darah. Ia juga boleh disapu pada kurap dan panau. Kepada lelaki yang mengalami masalah ereksi dan ejakulasi (pancutan sperma) ia boleh digunakan untuk mengurut alat sulit.

Seseorang yang telah lama berkahwin atau mengalami stres berpanjangan biasanya mudah mengalami masalah ereksi dan ejakulasi. Urutan yang menggunakan minyak bawang dikatakan bukan sahaja berupaya meningkatkan keupayaan berereksi malah meningkatkan kesensitifan pada keseluruhan alat sulit terutama di bahagian kepala.

Alat sulit yang sensitif kepada sentuhan meningkatkan keinginan suami untuk terus berdayung dan seterusnya mencapai kemuncak disertai dengan ejakulasi yang lebih baik.

Apakah kebaikan makan bawang mentah dan digabungkan dengan cili api? Ia membantu melancarkan perjalanan darah. Mengambil ulam-ulaman sama ada mentah atau dicelur seperti pucuk beka (Kelantan: beko), pegaga, serai kayu dan kunyit putih dicecah dengan sambal belacan menyediakan diri suami dengan kesempurnaan ereksi dan kesensitifan bukan sahaja pada alat sulit malah boleh dikatakan seluruh tubuh!


Bawang mentah dikatakan menambah kepekatan air mani. Isteri yang memakannya juga menerima beberapa manfaat yang positif untuk tujuan hubungan biologi.-sinarharian

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...