Ahad, 23 Jun 2013

Ohzarina : Masalah Keputihan Semasa Hamil


Masalah keputihan adalah masalah yang biasa dialami oleh setiap wanita. Ia mungkin boleh terjadi samada ketika wanita itu hamil atau pun tidak. Bagi wanita ha
mil, masih ramai yang ragu2 adakah keputihan boleh mengganggu kehamilan anda

Bagaimana kita tahu jika kita mengalami keputihan?

·         Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil.
·         Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. Tetapi jika anda mengalami keputihan:
·         lelehan akan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej terdapat kegatalan, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
·         akan rasa sakit bila bersama suami
·         rasa sakit apabila membuang air kecil

Bagaimana saya boleh dapat keputihan?



Ketika hamil jangkitan kulat di faraj agak biasa berlaku. Kulat yang dikenali sebagai “candida albicans” ini yang akan menyebabkan keputihan. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman kita dan secara umumnya bakteria dalam badan mengawalnya.

Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan. Masalah keputihan mungkin berlaku jika ada ketidakseimbangan jumlah kulat dan yis dan mikro-organisme lain dalam badan kita.

Tanda2 yang menunjukkan anda mengalami keputihan:

·         Anda hamil-Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggil yang dipanggil glikogen dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
·         Memakai pakaian yang ketat dan diperbuat daripada bahan sintetik seperti seluar dalam daripada kain nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin dan menggalakkan pertumbuhan keputihan
·         Menggunakan mandian buih berwangi atau pelapis seluar dalam yang beraroma
·         Mengambil antibiotik kerana ini akan mengganggu keseimbangan diantara mikro-organisme baik dan jahat
·         Mengalami kencing manis atau diabetes gestasi yang tidak dikawal dengan baik

Sekiranya anda rasa anda mengalami keputihan, beritahulah doktor dengan segera. Doktor akan memeriksa kawasan disekitar faraj untuk mengenalpasti masalah sebenarnya. Jika doktor tidak pasti samada itu adalah keputihan, beliau akan mencadangkan ujian makmal dilakukan dimana sedikit cairan akan diambil daripada faraj dan dihantar ke makmal.

Doktor mungkin memberikan sejenis ubat pessari atau krim anti kulat yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan anda. Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna. Walaubagaimana pun jika anda dalam trimester pertama kehamilan, doktor mungkin tidak akan memberikan apa2 ubat sementara waktu.

Adakah keputihan akan membahayakan bayi saya?

Tidak, keputihan tidak akan membahayakan bayi anda kerana bayi anda selamat dan terlindung di dalam uterus (rahim) anda dan tidak terjejas sama sekali. Jika anda mengalami jangkitan semasa anda sakit bersalin, ada sedikit kemungkinan yang bayi anda akan dijangkiti apabila ia melalui faraj anda ketika keluar daripada rahim
Jika bayi anda yang baru lahir mengalami keputihan, anda akan melihat tompokan putih di mulutnya.

Jika anda menyusu badan, kedua2 ibu dan bayi memerlukan rawatan kerana keputihan boleh merebak ke payudara anda juga.Anda mungkin dapati keputihan datang dan pergi sepanjang kehamilan. Ia mengambil masa untuk dihapuskan. Sekiranya anda ingin mencuba sebarang ubatan untuk mengatasi keputihan anda, berjumpalah dengan doktor anda. Rawatan keputihan bagi mereka yang tidak mengandung tidak semestinya sesuai untuk mereka yang mengandung.

Sumber : Klik Sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...