Jumaat, 14 Jun 2013

Ohzarina : Punca Seks Merudum Dari Segi Makanan




Mengambil makanan / minuman yang tidak tepat sebelum berhubungan seks, boleh memberi kesan buruk bagi momen intim yang seharusnya membahagiakan. Ini dia makanan yang harus dielakkan jika tidak mahu ghairah seks anda menurun, seperti dikutip dari Livestrong.



1. Minuman berkafein

Kafein dalam kadar yang tinggi boleh mengurangkan tahap kortisol di dalam tubuh. Hormon ini mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk mengatasi stres.

Ketika hormon kortisol dalam tubuh menurun, kelenjar pada buah pinggang juga berkurangan sehingga tidak dapat menghasilkan hormon yang cukup untuk mengoptimumkan dorongan seksual. Akibatnya, anda mahupun pasangan kurang ghairah dan kurang bertenaga untuk bersama.

2. Makanan dengan Kolesterol Tinggi

Memakan makanan berkolesterol dan mengandungi lemak tepu tinggi seperti gorengan, fast food atau makanan dalam bungkusan boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Kolesterol berlebihan akan membentuk lapisan tipis lemak pada pembuluh darah di berhampiran jantung.

Perkara yang sama juga boleh terjadi pada pembuluh darah di kawasan Mr Happy. Keadaan ini boleh mengganggu peredaran pada zakar dan menghalang respon fizikal terhadap rangsangan seksual. Akibatnya, ghairah seks menurun dan aktiviti hubungan intim pun jadi kurang memuaskan.

3. Minuman Beralkohol

Ramai orang percaya bahawa wine, cocktail atau minuman beralkohol yang lain boleh jadi semacam ‘ubat’ untuk mengatasi ghairah seks yang rendah. Tapi faktanya, alkohol justeru termasuk bahan penenang yang justeru merosakkan ghairah seks.

Pada lelaki, alkohol menimbulkan reaksi yang sama seperti estrogen. Hormon wanita yang boleh mengurangkan hasrat bercinta. Terlalu banyak minum alkohol juga boleh menyebabkan ‘mengecutnya’ testis pada lelaki dan berpotensi menyebabkan mati pucuk. Selain itu minuman beralkohol boleh menimbulkan stres, kemurungan, malah membuat mood bercinta turun.

Sumber : Klik Sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...