Isnin, 10 Jun 2013

Ohzarina :Persediaan Anda Sebelum Kurus


Sebelum anda ingin kurus, cuba jawab beberapa soalan berikut;

1) Sudahkah anda mengkaji dengan teliti mengapa anda mahu mengurangkan berat badan? Keazaman dan kekuatan minda sangat perlu kerana tanpa keazaman yang kukuh anda tidak mungkin mampu menghadapi cabaran yang hebat sewaktu menjalani proses menurunkan berat badan.

2) Adakah anda ingin mengurangkan berat badan untuk diri sendiri atau untuk orang lain? Mereka yang mahu kurus atas desakan naluri sendiri lebih berjaya pada amnya.

3) Adakah anda bersedia untuk memberi tumpuan dan kesungguhan menukar tabiat, jenis makanan dan aktiviti anda bagi menjayakan rancangan pengurangan berat badan?


Jika ya, bolehlah anda mengikut tips seperti patut anda amalkan seperti berikut;


1.         Memulakan hidup anda dengan minum air suam awal pagi

2.         Amalkan breakfast dengan oat (Juga membantu kesihatan Jantung)

3.         Membuat aktiviti senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari

4.         Makan mengikut jadual dalam kuantiti yang sedikit (hindari makan berat seperti nasi pada waktu malam) Ingat! Jangan tak makan langsung kerana ia boleh mendatangkan gastrik.

5.         Gantikan proten ayam/daging dengan proten dari Ikan.

6.         Jangan habiskan minuman selepas anda makan, ia akan menyebabkan kita boroi! Minum dengan perlahan-lahan. Dan

7.         Anda perlu mendisiplinkan diri secara berterusan dalam amalan ini.


Sumber : Klik Sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...