Khamis, 6 Jun 2013

Ohzarina : Teknik Capai Kepuasan Bersama


Dianggarkan lebih 10 peratus wanita yang aktif melakukan hubungan seks kurang mencapai nikmat orgasma. Sedangkan untuk merangsangnya bukanlah sesuatu yang sukar. Semuanya boleh dipelajari kerana pokok pangkalnya adalah hati.

Para suami seharusnya tahu bagaimana caranya untuk menyeimbangkan waktu tertekan dan bertenang ketika berlangsungnya hubungan asmara. Masih samar dengan caranya? Ikuti tip-tip di bawah :

Peka kepada tekanan di otot


Kebanyakan isteri mudah salah sangka bahawa untuk mencapai orgasma ketika bersama, mereka hanya perlu relaks dan berbaring. Andaian sebegini mudah diterima kerana tersebar menerusi mulut ke mulut.

Tambah ‘penyampai’ itu lagi, isteri-isteri harus banyak bertenang sedangkan yang berlaku sebaliknya. Otot wanita harus dirangsang bagi mewujudkan tekanan di daerah intim. Di situlah nanti orgasma dapat dicapai.

 Rata-rata dari mereka juga menganggap bahawa kontraksi ketika orgasma banyak berlaku di bahagian bawah otot pelvis. Semuanya disebabkan otot-otot ini adalah otot yang sering digunakan bagi memudahkan aliran urin dalam badan (dalam erti kata lain disebut juga sebagai gerakan Kegel)

Ambil masa bertenang

Sepanjang melakukan hubungan kelamin, isteri seharusnya fokus untuk merasai sensasi rangsangan daripada suami. Bagi pasangan yang baru melayari bahtera rumah tangga, pastinya timbul sedikit ‘debaran’ untuk melakukannya.

Usah terburu-buru dan ambillah masa untuk bertenang. Hargai dan hayati setiap perkara yang suami lakukan terhadap anda merangkumi sentuhan, kucupan, pelukan dan lain-lain lagi. Fikiran yang telah dirangsang oleh perbuatan membuatkan anda lebih bersedia untuk beraksi dan merasai nikmatnya orgasma. Sekiranya kali pertama masih belum berjaya maka cubalah untuk kali yang kedua. Ingat, latihan yang berterusan pasti membuahkan kejayaan.

Dapatkan khidmat pakar perubatan bertauliah
Sukar orgasma pastinya membuatkan wanita tertekan. Apa tidaknya, nikmat dan keseronokan hanya dirasai oleh suami sedangkan isteri terpaksa berlakon untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Hendak berterus-terang bimbang mengguriskan perasaan suami, jadi jalan yang paling baik adalah dengan berdiam diri. Sekiranya beginilah persepsi anda maka tidak mustahil sampai bila-bila pun bahagia tak mampu di rasa.

Usahakan ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan khidmat kaunseling berkenaan masalah yang berlaku. Mungkin terdapat rawatan-rawatan baru yang boleh membantu. Meskipun ia belum tentu berhasil tetapi kata orang-orang tua, cuba dahulu baru tahu.

Makanan untuk Seks

Selain ubat-ubatan dan senaman, makanan juga boleh membantu segelintir pasangan yang bermasalah dalam hubungan seks. Antara yang disyorkan ialah :

Daun Saderi

Sayuran ini dikatakan mampu meningkatkan ghairah seksual terutamanya untuk menstimulasi kerana kaya dengan androsterone. Sebenarnya, androsterone adalah sejenis hormon tidak berbau yang dihasilkan oleh lelaki apabila pasangannya terangsang. Saderi boleh dimakan mentah atau dijadikan ulam-ulaman sewaktu menjamu selera.

Tiram mentah

Ramai mengetahui akan khasiat tiram dalam membantu hubungan asmara. Makanan yang kaya dengan zink ini mampu meningkatkan penghasilan sperma dan hormon testosteron di samping mengandungi dopamine. Bagaimanapun, sebelum mengambil tiram secara mentah-mentah, pastikan  dahulu kebersihannya. Dibimbangi diserang penyakit lain pula nanti.

Buah pisang

Libido lelaki dapat ditingkatkan dengan pengambilan buah pisang yang kaya dengan enzim bromelain. Dalam masa yang sama, ia turut mengandungi sumber potassium serta vitamin B bagi menambah keupayaan tenaga tubuh secara keseluruhan.


Sumber : Klik Sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...