Isnin, 29 Julai 2013

Ohzarina : 7 Tips Ciri Memilih Pasangan


 Sensitif……. bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka. 

Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira. Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang cucu secepat mungkin.

Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.

Namun ada juga umur baru genap angka dua puluh, sudah ‘gatal’ mendirikan rumah tangga. Macam sudah benar-benar bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Sudah pasti emak dan ayah menjadi rujukan.

Ahad, 28 Julai 2013

Ohzarina : Bagus Sangat Ke Bermadu


Persepsi lelaki memiliki lebih dari satu isteri dalam kalangan masyarakat terutama di Malaysia agak ketara perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, bagi penulis, pemikiran kita sendiri yang membentuk idea dan pandangan terhadap sesuatu isu sama ada menjurus kepada penderitaan atau kebahagiaan.


‘Gula’ 

Sabtu, 27 Julai 2013

Ohzarina : Kecewa Isteri Ada Hubungan Sejenis Suami Bunuh Diri


Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.

Jumaat, 26 Julai 2013

Ohzarina : Tip Sebelum Meluahkan Perasaan Pada Si Dia


Tip mempersiapkan diri sebelum meluahkan perasaan kepada si dia

1. Keyakinan

Yakin dengan perasaan anda terhadap dia adalah satu perasaan yang sangat ikhlas dan bukan kerana kesunyian ataupun tercabar dek ketiadaan pasangan seperti orang lain. Semua orang tahu, dalam apa juga yang kita lakukan haruslah ada keyakinan. Jadi mestilah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang sudah anda lakukan agar tiada sesal pada kemudian hari. 

Khamis, 25 Julai 2013

Ohzarina : Allahyarham Umi Kalthum Tinggalkan Nota Akhir


 Sekeping nota tulisan Allahyarham Umi Kalthum yang menyatakan lima syarat ditemui ketika ahli keluarga itu dihimpit rasa duka akibat kematian pelakon veteran tersebut pada Rabu.

Nota yang diletakkan di atas meja solek, rumah salah seorang anak Allahyarham hasil perkahwinan pertamanya antara lain menyenaraikan barang keperluan yang disimpan dan perlu digunakan sekiranya dia meninggal dunia.

Cucu dari suami pertama Allahyarham iaitu Amir Noor Muhamad , 32, berkata, dia menemui nota tersebut ketika masuk ke bilik untuk mencari kain kapan yang disimpan Allahyarham sebagai wasiat.

“Saya terkejut apabila saya masuk ke bilik, saya terjumpa sekeping nota yang arwah letakkan di atas meja mekap.

“Dia seolah-olah sudah tahu hendak pergi buat selama-lamanya,” jelas Amir Noor kepada mStar Online di sini pada Rabu.

Allahyarham Umi Kalthum meninggal dunia pada usia 81 tahun dalam tidur kira-kira pukul 4 pagi Rabu di rumah anak hasil perkahwinan pertamanya dengan individu yang dikenali sebagai Jaafar di Ukay Prima di sini pada Rabu.

Beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit hasil dua perkahwinannya termasuklah dengan pelakon Datuk S Roomai Noor.S Roomai Noor meninggal dunia di Mekah ketika menunaikan umrah pada 16 Mac 1996 akibat paru-paru berair.

Allahyarham Umi Kalthum turut memiliki seorang anak tiri iaitu penyanyi Anita Sarawak hasil perkahwinan terdahulu S Roomai Noor dengan pelakon Siput Sarawak.

Dalam pada itu Amir Noor berkata, lima perkara yang dicatatkan oleh neneknya itu ialah kelengkapan bagi menguruskan jenazahnya iaitu; kain batik untuk menutup dan memandikan jenazah, dua helai kain ihram termasuk milik S Roomai Noor sebagai kain kapan dan selendang putih menutup muka.

Turut ditulis ialah sarung bantal bagi kegunaan melapik kepala jenazah dan dua helai kain putih yang perlu diikat pada batu dan diletakkan di simpang jalan sebagai tanda ada orang meninggal dunia.

Kesemua kelengkapan jenazah itu disimpan rapi dalam sebuah almari dan digunakan sebagai memenuhi impiannya.

Ohzarina : Mati Dibunuh, Angota Badanya Diikat


Seorang lelaki berusia 20-an ditemui mati dipercayai dibunuh dengan anggota badannya diikat dalam kedudukan berdiri di atas tangga sambil kemaluannya sengaja ditunjukkan di kawasan dusun 20 meter dari jalan utama di Kampung Padang Siding, di sini, semalam.

Ohzarina : Bagaimana nak kurangkan Ketiak Berpeluh


 “Bagaimana nak kurangkan peluh? Malu sebab mata orang akan tertumpu pada bahagian berpeluh terutamanya kalau ketiak sudah lencun dulu. Lebih takut kebanyakan mereka yang berfikiran kononnya kita tidak bersih,” kata seorang gadis yang bertahun-tahun bertanyakan soalan sama.

Sekilas fakta berkenaan peluh, ia berasal daripada darah dan mengandungi air serta natrium klorida. Air peluh ialah salah satu bahan kumuhan yang dikeluarkan oleh tubuh. Ia berfungsi sebagai medium yang menyejukkan tubuh, membantu dalam pengawalan suhu tubuh badan dan mengimbangi air dan letrolit tubuh. 
Perpeluhan terbahagi kepada dua bahagian iaitu perpeluhan tidak sedar - yang mana peluh sentiasa dihasilkan tapi pada masa rehat, peluh ini akan disejat dengan cepat dan tidak begitu nyata.

Keduanya perpeluhan nyata yang mana ia terhasil dengan berlebih-lebihan atau apabila proses sejatannya terganggu.

Rabu, 24 Julai 2013

Ohzarina : Sisatan 4 Gadis Muslim Sertai Ratu Cantik

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membuka kertas siasatan terhadap kenyataan empat peserta pertandingan Ratu Cantik yang digugurkan kerana fatwa tidak membenarkan wanita Muslim di Malaysia menyertai sebarang pertandingan ratu cantik.

Laporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan mereka yang nekad mahu meneruskan pertandingan itu pada 2 Ogos depan biarpun telah dibatalkan penyertaan mereka.

Ohzarina : Gambar Ainan Tasneem Kemalangan


 Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui Lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Dipetik menerusi laman Facebooknya, Ainan Tasneem berkata, sewaktu kemalangan berlaku, beliau dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kereta dari arah belakang.

Ohzarina : Giliran Anak Menjadi Mangsa Buaya


TERSELAMAT: Annuar ditemani isterinya mendapatkan rawatan di Hospital Sarikei setelah dirujuk dari Hospital Saratok, 

Selang satu tahun, 10 bulan dan satu hari selepas Sulaiman Abdullah, 66, dari Kampung Melayu Roban diserang buaya ganas yang diberi jolokan ‘Bujang Seblak’ oleh penduduk tempatan, kejadian sama berlaku pula ke atas anaknya, Annuar Sulaiman, 39.

Bezanya, Annuar terselamat dalam insiden terbaharu, manakala bapanya terkorban dibaham buaya berkenaan.


Abang mangsa, Endoi Sulaiman, 42, yang bersama mangsa sewaktu kejadian berkata, dia tidak menyangka hampir menjadi saksi yang sama untuk kali kedua dalam kejadian itu.

Ohzarina : Punca Sebenar Abby Abadi Kahwin Di Thailand

Bukan saja kisah perkahwinan Ashraf Muslim hangat dibicarakan ketika ini malah berita pernikahan Abby Abadi dengan lelaki jauh lebih muda padanya turut diperkatakan oleh orang di luar sana.


Ramai yang mempertikaikan mengapa aktress ini perlu berkahwin sampai ke Thailand bukan di negara sendiri dan ada juga yang tertanya-tanya mengapa perkahwinan mereka dilakukan secara tergesa-gesa.

Selasa, 23 Julai 2013

Ohzarina : Pemain Badminton Bertumbuk Ketika Perlawanan


Sukan badminton mungkin dianggap sebagai sukan yang sukar untuk tercetusnya pergaduhan.Lain pula halnya yang terjadi di Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2013 Ahad lepas.


Dua bekas pemain skuad Olimpik Thailand terlibat dalam satu pergaduhan ketika perlawanan akhir beregu lelaki di kejohanan itu yang diadakan di Vancouver, Kanada.

Ohzarina : Tak Tidur Lena Sejak Anak Hilang


JOHNSON bersama isterinya, Saraswathy menunjukkan gambar Vikneswary yang tidak pulang ke rumah di Alor Setar
Seorang bapa tidak dapat tidur lena memikirkan keselamatan anak gadisnya berusia 15 tahun yang menghilangkan diri sejak 11 hari lalu dengan alasan untuk berdikari.

Isnin, 22 Julai 2013

Ohzarina : Makan Dulu Atau Solat Dulu??


Dalam bulan Ramadan ataupun ketika berbuka puasa, soalan ‘solat dulu ataupun makan dulu’ sering kedengaran.Ini terutama dalam keluarga yang ada ramai ahli terutama anak-anak yang masih kecil yang dilatih berpuasa. Juga soalan ini kedengaran apabila kita dijemput berbuka puasa di rumah orang lain yang ingin melayan kita.

Makan Dulu


Ada orang menyangka bahawa sekalipun makanan sudah terhidang, yang terbaik itu solat dahulu, selepas itu barulah makan. Sehingga ada yang apabila mereka duduk di keliling hidangan, kemudian bangun meninggalkannya dan pergi menunaikan solat. Amalan seperti itu dirasakan oleh sesetengah pihak sebagai lebih mengikut kehendak agama. Namun, jika kita merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w kita akan dapati penegasan yang sebaliknya. Antaranya hadis daripada Anas bin Malik r.a.: bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ohzarina : Tragedi Ngeri Di Kota Makkah 1979


Masjidil Haram pada tahun 1970an
Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau  mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah

Ohzarina : Tip Jumpa Pasangan Gila Kerja



Tip untuk anda mempertahankan perhubungan dengan kekasih yang gila kerja.

Jadi Teratur Sepertinya


Anda boleh aplikasikan cara si dia mengatur jadual kerjanya ke dalam jadual perhubungan anda berdua. Cuba periksa waktu dan temu janji kerjanya dan buat jadual untuk anda berdua juga. Tuliskan aktiviti yang anda rancangkan ke dalam jadual kerja miliknya untuk mengingatkannya. Tetapi jangan sesekali mengacau waktu kerjanya.

Selasa, 16 Julai 2013

Ohzarina : Bapa Sanggup Rogol Anak Sendiri



Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya, tahun lalu.

Lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari.

Dia didakwa melakukan persetubuhan dengan anak keempat dari enam beradik itu di alamat Kampung Aman, Kandis, Bachok, antara jam 10 dan 9 pagi, November 2012.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan.

Ketika tuduhan dibacakan, tertuduh yang berada dalam kadang pesalah, beberapa kali menggelengkan kepalanya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudian menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berkenaan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selepas mengambil kira saksi-saksi kes yang terdiri daripada ahli keluarga. Kes tersebut bersambung pada 1 Ogos depan.-sinarharian.com.my

Ohzarina : Kucing Pun Tahu Jatuh Cinta


cinta bermula dari mata....!!! kan

Isnin, 15 Julai 2013

Ohzarina : Rogol Remaja Bawah Umur

penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen
Seorang lelaki yang pernah dilepaskan tanpa dibebaskan mahkamah, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol remaja bawah umur, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Shah Rizal Abdullah, 21, dari Bukit Rambai menukar pengakuan bersalah itu selepas tujuh orang saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan setelah dia didakwa semula 8 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad didapati merogol seorang remaja berusia 15 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Taman Terendak Permai, kira-kira 12 tengah malam pada April 2012.

Pekerja kedai restoran itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang merogol sehingga menyebabkan mangsa melahirkan seorang bayi.

“Bayi lelaki yang disahkan DNA berpadanan dengan tertuduh bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam jagaan tertuduh dan kes tersebut masih disiasat yang mana tertuduh adalah suspek,” katanya.

Hakim Datuk Anita Harun kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dari tarikh hukuman terhadap tetuduh.-sinarharian.com.my

Ahad, 14 Julai 2013

Ohzarina : Perasaan Cinta Dan Dicintai

Perasaan cinta dan dicintai bukan mudah untuk dilafas dan didengar dari mulut pasangan. Kadang kala kita menanti berbulan malah bertahun lamanya kata keramat lafas cinta dari insan yang kita cintai tetapi masih tetap hampa. Walau mereka menunjukkan perlakuan mereka menyintai kita tetapi sukarnya untuk mereka lafaskan bahawa mereka menyintai kita. Mengapa?

Ohzarina : Demi Cinta Sanggup Tinggal Di Bawah Jambat


Demi cinta, dua pasangan muda sanggup tinggal di bawah jambat di tepi Sungai Klang, di sini, sejak beberapa bulan lalu selepas hubungan mereka dihalang keluarga masing-masing.

Ohzarina : Jika Dia Bukan Jodoh Kita


Apabila bercinta pastinya kita mengharapkan percintaan kita bahagia dan kekal ke akhir hayat. Namun takdir menentukan segalanya, bukan semua yang kita haapkan berjaya kita perolehi.


Kadang kala walau kita salah setia dan bahagia cinta yang terhalang amat sukar untuk mencapai kebahagiaan ke akhir garisan. Terlalu banyak ranjau yang menyukarkan sesuatu perhubungan itu berkembang.Pedih…pastinya apabila sesuatu perhubungan itu ditamatkan tanpa kerelaan ia akan menjadi perit dan pedih.

Sabtu, 13 Julai 2013

Ohzarina : Wanita China Dirogol Bergilir-gilir



Seorang wanita warga China bukan sahaja dirogol secara bergilir-gilir, malah turut diliwat selepas dilarikan dalam kejadian di Jalan Pudu, Cheras, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi, mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan keluar untuk membeli makanan, sebelum dihampiri tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, dua daripada lelaki terbabit kemudiannya menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu, dua daripada suspek bertindak menarik rambut serta baju mangsa, sebelum mencabulnya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah hotel di kawasan Damansara.

Fadil berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa bertahan dan menunggu sehingga dua suspek terbabit tidur.

“Setelah yakin dua suspek itu tidur dan seorang lagi sedang mandi, mangsa terus keluar dari bilik untuk mendapatkan bantuan daripada pihak pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terus menghubungi polis dan kita berjaya tangkap ketiga-tiga suspek di bilik berkenaan pada hari yang sama,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok.

Difahamkan, mangsa yang masuk ke negara ini sejak 9 Jun lalu, dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.-sinarharian.com.my

Ohzarina : Kenapa Lewat Datang Haid?


Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang. Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:


 • Tekanan: Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

 • Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita
 • Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

• Berlebihan hormon prolaktin: Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

• Menyusu badan: Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

• Masalah tiroid: Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

• Gemuk: Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

• Terlalu kurus: Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

• Tersilap kira: Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

• Menopos: Bagi mereka yang berusia lewat 40'an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

• Pencegah hamil: Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

• Hamil: Akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.


Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.




Sumber : Klik Sini 

Jumaat, 12 Julai 2013

Ohzarina : Ciri- ciri Lelaki Setia



Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas , perubahan sikapnya amat mengejutkan . Hati lelaki yang dianggap keras selama ini , tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya . Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya . Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai . Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah .

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat :

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa .

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap .

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya .

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya .

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga .

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya .

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya .

9. Adakalanya dia seperti budak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain .

10. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya .

11. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama .

12. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya .

13. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri .

14. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya .

15. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting denganya .

16. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya 100 peratus mencintai kekasihnya .

17. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .


Sumber:Klik Sini

Ohzarina : Penjenayah Pecah Rumah Adalah Sepasang Kekasih?



Polis menahan sepasang kekasih yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah di sekitar Nibong Tebal dan Parit Buntar, Perak dalam satu tangkapan di Jalan Besar, Sungai Bakap di sini 25 Jun lepas.
                                                     
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, berikutan itu polis menyerbu sebuah rumah milik suspek di Taman Panchor Mutiara dan menemui beberapa barangan hasil kegiatan pecah rumah.

Menurut beliau, antara yang ditemui ialah enam kad kredit, jam tangan, kamera digital, surat pajak gadai, komputer riba dan telefon bimbit.


"Hasil soal siasat terhadap pasangan kekasih berusia 27 tahun itu telah membawa polis ke sebuah kedai pajak gadai di Parit Buntar dan berjaya merampas sejumlah barang-barang kemas.-Kosmo

Ohzarina : Beruslah Gigi Walau Pun Semasa Puasa




Islam menggalakkan bersugi (gosok gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila kita berpuasa, bau mulut kita menjadi kuat. Ini sesuatu yang sukar dielakkan. Allah tahu hakikat tersebut. Allah Maha Tahu bahawa bau tersebut terhasil kerana kita tidak makan dan minum sepanjang hari keranaNYA. Justeru itu, Nabi s.a.w bersabda:

“Bau busuk mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Namun ini tidaklah bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk membiarkan orang lain mencium bau busuk mulutnya. Itu akan menyakiti orang lain. Apatahlagi di zaman kini yang mana kita bekerja di tempat awam, ataupun membabit ramai orang di sekeliling. Tambahan lagi, jika terdapat mereka yang bukan muslim, tentu akan menimbulkan rasa yang tidak selesa terhadap muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan ataupun boleh menghilang gambaran keindahan Islam.

Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semulajadi ataupun neutrality agama ini. Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut. Ini ditambah dengan hadis-hadis yang seakan menggalakkan untuk seseorang yang berpuasa mengekalkan bau mulutnya itu adalah lemah dari segi riwayat. Tidak kukuh untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Mubarakfuri dalam Tuhfat al-Ahwazi. Maka tidak boleh menjadi hujah. Apatahlagi bertentang dengan sifat Islam itu sendiri. Hadis-hadis yang menggalakkan kebersihan dan juga bersugi adalah umum merangkumi setiap waktu termasuk bulan Ramadan.

Bukan Hujah

Antara hadis yang tersangat daif yang digunakan dalam bab ini ialah dikatakan Nabi s.a.w bersabda:

“Jika kamu berpuasa maka bersugilah pada waktu pagi dan jangan bersugi pada waktu petang”. Ia diriwayatkan oleh al-Bazzar, at-Tabarani dan lain-lain. Namun ia terlalu daif yang tidak boleh dijadikan hujah. Di samping di sana ada hadis daif lain namun lebih kuat ataupun kurang daif daripadanya iaitu diriwayatkan ‘Amir bin Rabi’ah berkata: “Aku melihat Rasulullah bersugi sedangkan beliau berpuasa” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Abu Daud dll).

Apapun galakan bersugi bagi setiap waktu solat yang diriwayatkan dalam hadis yang sahih adalah asas dalam amalan muslim. Ertinya, bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira samada puasa ataupun tidak. Nabi s.a.w dalam hadis sahih yang lain menyatakan tujuan bersugi dengan menyebut:

“Bersugi itu membersihkan mulut dan menjadikan Tuhan redha” (Riwayat Ahmad, an-Nasai, Ibn Hibban dll).

Justeru itu, jadikanlah puasa itu menzahirkan keindahan pekerti dalam perkataan dan perbuatan yang mengeratkan hubungan baik sesama masyarakat. Oleh itu jangan jadikan bau mulut kita menimbulkan keresahan orang lain terhadap mereka yang berpuasa. Berpuasa dan bersugilah!


Sumber : Klik Sini

Khamis, 11 Julai 2013

Ohzarina : Tanggapan Salah Tentang Solat Tarawih



Soalan:  Menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian?

Khir, Shah Alam.

Jawapan : Saudara, semoga kita semua menyambut kedatangan Ramadan kali ini dengan ibadah yang diterima Allah. Semoga jiwa kita semua penuh keikhlasan dan kasih-sayang sesama muslim. Malang sekali, fanatik atau taksub telah melahirkan penceramah-penceramah yang ‘terbabas’ sehingga berbicara apa sahaja yang dia suka tanpa menyemak terlebih nas-nas yang sabit. Untuk soalan saudara saya sentuh beberapa perkara berikut;

1.    Sebenarnya, solat tarawih berjemaah yang pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yang membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yang hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yang memulakan solat qiam atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yang memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yang tidak sanggup.

Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Mereka selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.

2.    Justeru itu al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H) dalam karyanya al-I’tisam mengulas hadis ini dengan berkata:

“Renungilah hadis ini. Ia menunjukkan kedudukan solat tarawih adalah sunat. Sesungguhnya solat baginda pada peringkat awal menjadi dalil menunjukkan kesahihan menunaikannya di masjid secara berjamaah pada bulan Ramadan. Baginda tidak keluar selepas itu adalah kerana bimbang difardukan. Tidak menunjukkan ia dilarang secara mutlak. Ini kerana zaman baginda ialah zaman wahyu dan tasyri’ (perundangan)..” (m.s 147, Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Adapun berhubung dengan perkataan Saidina ‘Umar yang menyebut solat tarawih pada zamannya “sebaik-baik bid’ah hal ini”, al-Imam al-Syatibi mengulas:

“Dia menamakannya bid’ah hanya disebabkan pada zahirnya setelah mana RasululLah s.a.w meninggalkannya. Sepakat pula ia tidak berlaku pada zaman Abu Bakr r.a. Bukannya bid’ah pada makna (syarak). Sesiapa yang menamakan bid’ah disebabkan hal ini (muncul semula), maka tiada perlu perbalahan dalam meletakkan nama (istilah). Justeru itu tidak boleh berdalil dengannya untuk menunjukkan keharusan membuat bid’ah” (m.s 147-148).

Maksudnya bid’ah yang disebut oleh Saidina ‘Umar adalah disudut baru muncul semula setelah Nabi s.a.w tinggalkan, maka ia dari segi bahasa boleh dinamakan bid’ah. Bukan bererti keharusan membuat bid’ah yang dilarang syarak.

3.    Berdasarkan riwayat yang sahih dalam al-Muwata karya al-Imam Malik bin Anas, bilangan rakaat yang Saidina Umar perintah dilaksanakan adalah sebelas rakaat. Kata al-Saib bin Yazid:

“Umar telah memerintahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim al-Dari untuk menjadi imam kepada orang ramai sebanyak sebelas rakaat” (Riwayat Malik).

Maka dengan itu riwayat al-Baihaqi melalui Yazid bin Khasifah daripada al-Saib bin Yazid yang menyebut bilangan yang ‘Umar perintahkan sebanyak dua puluh rakaat adalah bercanggah dengan riwayat sebelas rakaat yang sahih tadi.

Sedangkan dari segi kekuatan riwayat, riwayat sebelas rakaat itu lebih kuat, maka riwayat dua puluh dianggap shaz (ganjil) kerana menyanggahi rawi yang lebih kuat.
Justeru, riwayat dua puluh dihukum daif oleh sesetengah ahli hadis. Sebahagian pula menerima riwayat Yazid bin Khasifah dan mentakwilkan bahawa ada hari Umar memerintahkan sebelas rakaat dan ada hari pula yang diperintahkan dua puluh. Apapun, hadis al-Imam Malik tadi yang menyebut sebelas rakaat menafikan dakwaan yang menyatakan sesiapa yang solat tarawih beserta witir sebelas rakaat tidak sah. Itu adalah dakwaan yang melampau dan zalim.

4.    Sebenarnya, para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir. Antaranya, pendapat yang menyatakan empat puluh satu, tiga puluh sembilan, dua puluh sembilan, dua puluh tiga, tiga belas dan sebelas. Adapun dari segi riwayat amalan Nabi s.a.w, Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah s.a.w pada bulan Ramadan, jawab beliau:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah melebihi sebelas rakaat samada dalam bulan Ramadan ataupun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini juga menunjuk perbuatan mencela solat tarawih sebelas rakaat adalah menyanggahi sunat Nabi s.a.w. Bahkan ramai ulama hadis yang mengutamakan bilangan sebelas rakaat ini sebagai mencontohi Rasulullah s.a.w.

5.    Saya bersetuju dengan pendapat bahawa tiada had rakaat yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w. dalam hal ini. Seseorang beribadah berdasarkan kemampuannya. Nabi s.a.w tidak pernah menetapkan, bahkan memberikan keluasan dalam hal tersebut dengan menyatakan solat malam dua rakaat, dua rakaat sehingga apabila hendak masuk subuh berwitirlah. Lajnah Tetap dan Kajian Ilmiah serta Fatwa, Arab Saudi sendiri ketika mengulas hal menyebut:

“Tiada menjadi salah untuk menambah lebih dari sebelas kerana Nabi s.a.w tidak pernah menghadkannya sedikit pun. Bahkan apabila ditanya tentang solat malam baginda menyebut: “Dua rakaat, dua rakaat (secara dua rakaat setiap solat), jika seseorang kamu bimbang masuk waktu subuh, maka solatlah satu rakaat sebagai witir kepada apa yang telah dia solat sebelum” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis ini baginda tidak menghadkan sebelas atau selainnya. Ini menunjukkan ada keluasan dalam solat malam pada Bulan Ramadan atau selainnya”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah, 7/195, Riyadh: Riasah Idarah al-Buhuth).

6.    Adapun dakwaan bahawa sesiapa yang tidak berselawat semasa solat tarawih sesat maka itu adalah dakwaan yang melampau. Apakah beliau ingin menyatakan seluruh dunia Islam yang sebahagian besarnya tidak berselawat, termasuk Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi itu sesat?!

Selawat beramai-ramai semasa solat tarawih itu tidak dilakukan di zaman Saidina Umar, juga khalifah al-Rasyidin yang lain. Jika pada zaman Saidina Umar dan Saidina Uthman mereka bersalawat dan menyebut nama khalifah-khalifah selepas Nabi s.a.w seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak di negara ini, tentulah para sahabat tidak tertanya-tanya lagi siapakah bakal mengganti kedua khalifah tersebut selepas kewafatan mereka.

Tentu tiada perbincangan lagi dalam menentukan para khalifah semasa zaman sahabah. Ini menunjukkan hal ini tidak dilakukan oleh para sahabah. Mencontohi Nabi s.a.w dan para sahabah dalam ibadah adalah paling baik dan selamat.

7.    Di sana ada riwayat yang sahih

“bahawa Nabi s.a.w berwitir dengan membaca Surah al-A’la, al-Kafirun dan al-Ikhlas. Baginda menyebut selepas member salam Subhana al-Malik al-Quddus sebanyak tiga kali dengan memanjang dan mengangkat suara baginda” (Riwayat al-Nasai, Abu Daud dan Ahmad).

Maka, jika kita mencontohi perbuatan tersebut, ia merupakan sunnah.



Sumber : Klik Sini

Ohzarina : Hubungan Sulit Ibu Bukan Rahsia Lagi



Tindakan seorang lelaki yang menyimbah cuka getah ke badan isterinya hingga menyebabkan wanita itu kritikal selepas melecur teruk dalam kejadian di Kampung Pejiru di sini kelmarin mungkin didorong oleh perasaan marah yang sudah lama dipendam.

Anak sulung pasangan itu, Edy Jiriem, 27, mendakwa, ia kerana kelakukan ibunya, Christina Nyoeh, 43, yang mengadakan hubungan sulit dengan seorang lelaki Afrika sejak 2007 bukan rahsia lagi buat mereka sekeluarga.

Menurut Edy, walaupun kecewa dengan perbuatan ibunya, namun kini dia merasa sedih selepas melihat wanita itu yang sedang bertarung nyawa di Hospital Umum Sarawak (HUS) angkara perbuatan suami sendiri.


“Saya sedih setiap kali memandang wajah ibu yang melecur teruk itu dan saya harap ia dapat dipulihkan segera walaupun ia sesuatu yang mustahil.“Saya pasrah dengan kejadian itu dan mula belajar hakikat yang ibu tidak akan boleh menjalani kehidupan seperti orang lain selepas ini,” katanya ketika ditemui di HUS.-Kosmo

Ohzarina : Produk Pelangsingan Badan Beracun


Tiga buah premis yang menjual sejenis produk pelangsingan badan dipercayai mengandungi bahan racun berjadual di Jalan Raja Bot di sini diserbu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, ribuan produk minuman kesihatan bernilai lebih RM20,000 dirampas.

Ketua Unit Perhubungan Media, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur, Kamarul Azhar Kamaruddin berkata, kesemua produk itu mengandungi bahan yang boleh mengancam kesihatan pengguna."Siasatan terhadap aduan yang diterima mendapati produk minuman pelangsingan ini mengandungi Bupropion iaitu bahan yang boleh menghentikan selera makan seseorang.


"Kesan penggunaan bahan ini juga boleh menyebabkan seseorang diserang sakit sawan," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.-Kosmo 

Ohzarina : Kes Pertama Kena Mercun Tahun 2013



Tindakan berani sekumpulan remaja bermain mercun buatan sendiri mengundang padah apabila dua daripada mereka melecur di muka dan jari kanan selepas batang paip besi yang diisi belerang meletup sebaik dicucuh api, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa, Muhammad Aiman Amzar Jamsari, 13, dan Mohamad Hanif Mohd Nawi, 14, dikatakan bermain dengan 15 rakannya di Padang Permainan Taman Bersatu, Baling, tiba-tiba menjerit kesakitan selepas mercun itu terkena muka mereka.

Difahamkan, mangsa terbabit adalah kes pertama yang terkena mercun di negara ini ketika umat Islam baru menyambut hari pertama bulan Ramadan, semalam.

Muhammad Aiman melecur di muka dan jari kanan dimasukkan ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini manakala Mohamad Hanif melecur di muka dan masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.


Difahamkan, mangsa dikatakan pulang ke rumahnya di taman perumahan itu yang terletak kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian seorang diri, tetapi ketika kejadian ibu bapa serta adiknya tiada di rumah kerana menunaikan solat Tarawih di surau berhampiran.-mymetro

Rabu, 10 Julai 2013

Ohzarina : Lelaki Gila Cemburu


Berpunca daripada perasaan cemburu, seorang lelaki bertindak gila apabila menyimbah cuka getah ke muka dan badan isterinya sebelum cuba mengambil nyawa sendiri dengan minum racun, mengelar tangan serta membakar diri.
Bagaimanapun, dalam kejadian itu yang berlaku di Kampung Pejiru, di sini, jam 12 tengah malam kelmarin, umur pasangan suami isteri itu masih panjang selepas diselamatkan anak lelaki mereka yang berusia 20-an.

Namun, sumber polis berkata, lelaki berusia 49 tahun dan isterinya yang berusia 43 tahun kini berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS). Menurutnya, sebelum kejadian pasangan itu bertengkar dan si suami menuduh isterinya curang dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain ketika dia keluar bekerja. “Pertengkaran berlarutan beberapa minit sebelum lelaki itu mengambil cuka getah dan menyimbah ke muka serta badan isterinya yang berkerja sebagai jurujual itu,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik melihat isterinya menggelupur kesakitan, suspek panik lalu mengambil racun rumpai dan meminumnya selain mencederakan pergelangan tangannya sendiri.

Menurutnya, suspek yang juga pengawal keselamatan cuba membunuh diri kerana takut melihat isterinya yang melecur teruk di muka dan badan itu menggelupur kesakitan.

Bagaimanapun katanya, kejadian itu disedari anak lelaki pasangan terbabit yang terjaga daripada tidur selepas terdengar ibunya menjerit kesakitan.
“Anak pasangan itu keluar dari bilik dan nampak ibunya menggelupur kesakitan manakala bapanya meneguk sebotol racun rumpai cuba membunuh diri dengan masuk dalam Proton Saga miliknya dan membakar kenderaan itu.

“Bagaimanapun, mungkin tidak tahan dengan keadaan panas, lelaki itu keluar dan duduk di sisi keretanya. Kesempatan itu diambil anaknya yang menenangkan suspek sebelum menghubungi ambulans,” katanya.
Sumber itu berkata, pasangan berkenaan dihantar ke Hospital Bau jam 1 pagi semalam sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pasangan terbabit kini kritikal dan dirawat di ICU HUS.


“Mangsa wanita melecur teruk di muka dan badan, malah berkemungkinan hilang penglihatan akibat disimbah cuka getah manakala suspek turut cedera di tangan selain tidak sedarkan diri,” katanya. Mohd Sabri berkata, siasatan awal mendapati suspek tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak gila ke atas dirinya serta isteri sendiri, namun ia didorong perasaan marah serta terlalu emosi dalam menangani masalah rumah tangga mereka.-mymetro

Ohzarina : Hadis Palsu Mengenai Solat Tarawih


Amcam puasa harini? Ada sapa-sapa yang termakan/minum dengan tidak sengaja tak harini? Jangan risau, itu rezeki Allah bagi tu. Jangan pulak buat-buat tak sengaja. Hahaha.

Malam tadi semua pergi solat sunat tarawih? Tak pergi? Rugi woo. Setahun sekali je kita dapat mengerjakan solat sunat Tarawih ni. Banyak kelebihan. Namun bukanlah seperti yang digembar gemburkan oleh hadis palsu. Sekarang ni dah macam-macam tersebar hadis palsu terutamanya mengenai bulan Ramadhan dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadis palsu yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu ’.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir’aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.
Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui.

Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah.

Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu’ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi:

Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa.

Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi:

Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1.    Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2.    Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.

3.    Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4.    Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

Wallahualam



Sumber : Klik Sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...