Ahad, 28 Julai 2013

Ohzarina : Bagus Sangat Ke Bermadu


Persepsi lelaki memiliki lebih dari satu isteri dalam kalangan masyarakat terutama di Malaysia agak ketara perbezaannya dengan masyarakat lain di sesetengah negara lain. Sebenarnya, bagi penulis, pemikiran kita sendiri yang membentuk idea dan pandangan terhadap sesuatu isu sama ada menjurus kepada penderitaan atau kebahagiaan.


‘Gula’ 

Ada segelintir berkongsi pandangan dengan menyatakan hidup bermadu ada sisi manisnya bagaikan gula-gula. Poligami dikatakan memberi peluang kepada isteri untuk mengurangkan tanggungjawab dalam memenuhi hak suami kerana dikongsi bersama dengan isteri yang lain. Selain itu, kehidupan bermadu boleh menjadi alat untuk meramaikan jumlah penduduk khususnya umat Islam dalam sesebuah negara.

Penerimaannya dalam kalangan masyarakat dilihat boleh menjauhkan kaum lelaki daripada bermain ‘kayu tiga’ di belakang pengetahuan isteri kerana jika si isteri boleh menerima amalan terbabit maka si suami tidak akan melakukan dan menyembunyikan hubungan dia dengan perempuan lain. Ada relevannya.

Dari segi tanggungjawab, hidup bermadu dipercayai mampu menaik taraf tahap ekonomi sesebuah keluarga kerana sang suami akan berusaha lebih untuk mendapatkan hasil pendapatan yang mampu untuk menampung lebih besar dan begitu juga bagi si isteri. Selain itu, ia boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi sebahagian pasangan suami isteri seperti isteri yang tidak mampu melahirkan zuriat.
‘Hempedu’

Sekiranya wujud satu keluarga yang harmoni, poligami dikatakan menghancur dan kacau-bilau ketenangan keluarga itu kerana ada pihak ketiga yang menggugat keharmonian terbabit.

Terbahagi kasih sayang, terpaksa dengar pertengkaran ibu bapa dan sebagainya antara sudut negatif kesan poligami kepada anak-anak seperti yang diutarakan masyarakat.

Bukan saja tanggungjawab, bahkan beban suami untuk mencari duit lebih untuk beri nafkah kepada anak-anak bertambah berlipat kali ganda. Akibat kekurangan waktu dan mengejar pendapatan, anak isteri akan terabai.

Kaum lelaki akan dilabel sebagai individu tidak setia dan mudah mengkhianati kepercayaan dan kesetiaan isteri apabila mengambil keputusan untuk beristeri lebih daripada satu.-mymetro


1 ulasan :

  1. salahkah poligami?? bukan semua perempuan kdua jahat..cinta xakan berlaku kalau bertepuk tgn sebelah..salah siapa..tiada istilah curang dlm islam..cuma yg jahat jika mereka buat maksiat tnpa diam2..kenapa harus ikut persetujuan isteri pertama? islam xajar macam...nampak sgt suami dayus.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...