Khamis, 4 Julai 2013

Ohzarina : Ibu Rindu Kepulangan Anak


Bila teringat Ramadan sudah tak lama lagi, mak cik bertambah risau dengan keadaan anak, adakah dalam keadaan selamat atau sebaliknya,” luah warga emas Zaikiah Shamsudin, 72.Zaikiah berkata, anak perempuannya, Zaiton Md Desa, 45, keluar rumah pada 21 Jun lalu dan sehingga kini tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, pada pagi kejadian, Zaiton ada meminta kebenaran untuk pulang ke rumahnya di Kampung Depan Balai Polis, Bagan Serai bagi melihat dua anaknya.“Pada mulanya mak cik tak benarkan kerana bimbang dengan keselamatannya dan selepas itu mak cik sendiri tak sedar dia keluar rumah, namun memang ada jiran yang nampak dia keluar rumah pagi itu,” jelasnya.

Zaikiah berkata, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan baik, namun dalam tempoh enam tahun kebelakangan ini dia mengalami tekanan perasaan berikutan menghadapi masalah rumah tangga.

“Sebelum ini Zaiton pernah juga hilang, namun ditemui semula selepas tiga bulan.“Mak cik jumpa dia di Ipoh dan telah bekerja di sana untuk mencari rezeki,” katanya.Tambah Zaikiah lagi, anaknya itu keluar rumah sehelai sepinggang dan hanya membawa wang sebanyak RM10 yang diberikan kakaknya.

“Mak cik difahamkan, pagi itu dia keluar dengan berseluar jeans, berbaju biru dan mengenakan tudung bercorak bunga,” katanya.Jelasnya lagi, dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bagan Serai dan Balai Polis Simpang.“Mak cik sangat bimbang dengan keselamatan dia kerana masih dalam keadaan tidak sihat.

“Apabila teringat pelbagai kemungkinan boleh berlaku, air mata mak cik mula mengalir,” katanya.Zaikiah berkata, dia sendiri telah memanjangkan masalah itu ke Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah.“Selepas ini mak cik akan serahkan kepada keputusan mahkamah dan apa yang mak cik mahukan anak mak cik selamat dan sihat semula.

"Mak cik juga berharap Ramadan kali ini, anak ada bersama mak cik," katanya.Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi talian 012-546 8245 atau terus ke alamat No 1333, Lorong 38, Taman Kaya.-sinarharian

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...