Isnin, 15 Julai 2013

Ohzarina : Rogol Remaja Bawah Umur

penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen
Seorang lelaki yang pernah dilepaskan tanpa dibebaskan mahkamah, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol remaja bawah umur, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Shah Rizal Abdullah, 21, dari Bukit Rambai menukar pengakuan bersalah itu selepas tujuh orang saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan setelah dia didakwa semula 8 Mei lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad didapati merogol seorang remaja berusia 15 tahun 8 bulan di sebuah rumah di Taman Terendak Permai, kira-kira 12 tengah malam pada April 2012.

Pekerja kedai restoran itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman berat terhadap tertuduh yang merogol sehingga menyebabkan mangsa melahirkan seorang bayi.

“Bayi lelaki yang disahkan DNA berpadanan dengan tertuduh bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam jagaan tertuduh dan kes tersebut masih disiasat yang mana tertuduh adalah suspek,” katanya.

Hakim Datuk Anita Harun kemudian menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dari tarikh hukuman terhadap tetuduh.-sinarharian.com.my

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...