Selasa, 23 Julai 2013

Ohzarina : Tak Tidur Lena Sejak Anak Hilang


JOHNSON bersama isterinya, Saraswathy menunjukkan gambar Vikneswary yang tidak pulang ke rumah di Alor Setar
Seorang bapa tidak dapat tidur lena memikirkan keselamatan anak gadisnya berusia 15 tahun yang menghilangkan diri sejak 11 hari lalu dengan alasan untuk berdikari.


Menurut M. Johnson, 46, dia amat bimbangkan keselamatan J. Vikneswary sejak dia keluar dari rumah di Taman Bersatu, Jitra dekat sini pada 10 Julai lalu.
“Saya merayu kepada Vikneswary agar segera pulang kerana saya amat bimbangkannya dan saya janji tidak akan memarahinya jika dia pulang ke rumah,” katanya ketika ditemui di pejabat Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) di sini kelmarin.

Turut hadir isterinya, M. Saraswathy, 30.

Johnson yang bekerja sebagai peniaga besi buruk memberitahu, anak perempuannya itu ada meninggalkan satu surat yang meminta keluarga tidak mencarinya kerana dia mahu bekerja dan belajar sendiri.-Kosmo

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...