Isnin, 22 Julai 2013

Ohzarina : Tip Jumpa Pasangan Gila Kerja



Tip untuk anda mempertahankan perhubungan dengan kekasih yang gila kerja.

Jadi Teratur Sepertinya


Anda boleh aplikasikan cara si dia mengatur jadual kerjanya ke dalam jadual perhubungan anda berdua. Cuba periksa waktu dan temu janji kerjanya dan buat jadual untuk anda berdua juga. Tuliskan aktiviti yang anda rancangkan ke dalam jadual kerja miliknya untuk mengingatkannya. Tetapi jangan sesekali mengacau waktu kerjanya.


Curi Masa Makan Tengahari

Cuba sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa untuk makan tengah hari bersama. Bincang dengan si dia bagaimana anda boleh dating ketika lunch hour. Mungkin dua hari anda ke pejabatnya manakala dua hari lagi dia pula ke pejabat anda. Usaha anda berdua ini akan mengukuhkan lagi hubungan anda berdua.

Jadi Spontan

Ketika si dia bekerja sehingga lewat malam, tidak salah sekiranya anda membawa makan malam untuknya dan menemaninya di pejabat. Ataupun sekali-sekala cuba ‘kidnap’ pasangan anda untuk percutian sehari ke Port Dickson dan percayalah mungkin pada mulanya si dia akan merasa marah kerana mengganggu kerjanya. Akhirnya dia akan berterima kasih kerana anda telah mengurangkan tekanan kerjanya.

Kahwin Sahaja!

Kalau susah sangat untuk berjumpa, apa kata kahwin sahaja? Walau sesibuk mana pun pasangan akan tetap pulang ke rumah dan anda masih ada peluang untuk bertemu. Sekiranya anda berdua sudah berkahwin, si dia seboleh-bolehnya akan cuba pulang awal kerana anda menantinya di rumah. Tambahan pula sekiranya anda berdua telah dikurniakan cahaya mata.

Sumber : Klik Sini

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...