Jumaat, 11 Oktober 2013

Ohzarina : Isteri Hanya Mampu Lihat Suami, Anak Mati Lemas


ROHAYA (kanan) yang sebak ketika menceritakan tragedi kematian suami dan anaknya ditenangkan anggota keluarga di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
Seorang wanita hanya mampu melihat suami dan anak bongsunya yang berusia tiga tahun mati lemas setelah mereka terjatuh dari bot yang senget selepas dilanda angin kencang.


Tragedi malang itu menimpa Rohaya Mohd. Yusof, 37, ketika dia menaiki bot tersebut bersama suaminya, Hisham Hizir, 42, dan anak bongsunya, Mohammad Shammiruk, 3.

Dua lagi anaknya yang menaiki bot tersebut terselamat.Kejadian berlaku apabila bot yang dinaiki mereka ketika bersiar-siar di Sungai Teluk Mengkuang, Teluk Panglima Garang di sini dipukul angin kencang secara mengejut pada pukul 6.40.

Dalam kejadian itu, Hisham Hizir @ Khizir yang bekerja di kilang Nestle di Seksyen 15, Shah Alam dikatakan cuba menyelamatkan anak lelaki bongsunya, Muhammad Shammirul yang terjatuh ke dalam sungai setelah bot tersebut senget apabila ditiup angin kencang.-Kosmo 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...