Isnin, 11 November 2013

Ohzarina : Petua Imam Syafie Untuk Lelaki


Berikut adalah pesan/petua Imam Syafie untuk lelaki:

Empat perkara menguatkan badan:

·         Makan daging
·         Memakai haruman
·         kerap mandi

·         Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan:

·         Banyak berkelamin (bersetubuh)
·         Selalu cemas
·         Banyak minum air ketika makan
·         Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:

·         Duduk mengadap kiblat
·         Bercelak sebelum tidur
·         Memandang yang hijau
·         Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata:

·         Memandang najis
·         Melihat orang dibunuh
·         Melihat kemaluan
·         Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran:

·         Tidak banyak berbual kosong
·         Rajin bersugi (gosok gigi)
·         Bercakap dengan orang soleh
·         Bergaul dengan para ulama

Cara Tidur:

1. Tidur Para Nabi

·         Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. Tidur Para Ulama’ & Ahli Ibadah
 
·         Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur Para Raja Yang Haloba
 
·         Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
 
·         Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.




Sumber : http://islammy.com

2 ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...