Selasa, 5 Ogos 2014

Ohzarina : 7 Cara Kempiskan Perut


 Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

Isnin, 4 Ogos 2014

Ohzarina : Petua Untuk Menghalau Lipas Di Dapur Atau Ruang Tamu Anda


Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.


Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!

Jumaat, 1 Ogos 2014

Ohzarina : (6 Gambar) Popular Dan Berjaya Selepas Gagal


Thomas Edison
Kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta.

Mereka juga bermula dari bawah untuk menempa kejayaan. Beberapa individu ternama yang pernah gagal beberapa kali, namun tidak pernah menyerah kalah serta bangkit untuk berjaya. 

1. Thomas Edison pernah dicemuh dan dilontarkan kata-kata yang tidak baik padanya ketika masih di bangku sekolah. Guru sekolahnya masing-masing mengatakan dia sangat bodoh dalam mempelajari sesuatu. Namun, Edison membuktikan bahawa kata-kata itu hanyalah bohong dengan mencipta beberapa alat yang berupaya mengubah dunia seperti lampu elektrik praktikal dan juga kamera yang menggunakan filem. 

Jumaat, 23 Mei 2014

Ohzarina : 8 Cara Hilangkan Tekanan Anda


 Tidak ada seorang pun terkecuali daripada ditimpa masalah. Tekanan dan gangguan minda pasti buatkan hidup sengsara. Cara mudah untuk hilangkan tekanan anda…..

Khamis, 22 Mei 2014

Ohzarina : Cara Menjadi Penganggur Yang Berjaya


 Apa yang nak dikongsikan adalah perkara yang dapat anda lakukan untuk menjana pendapatan walaupun hanya dilakukan di rumah.


Jangan sekat kreativiti

Rabu, 21 Mei 2014

Ohzarina : 8 Cara Atasi Ketakutan Anda Di Waktu Malam



Menonton cerita atau drama seram pasti ketakutan mula menguasai diri. Paling dirisaukan adalah diri sendiri sememangnya penakut dan tidak dapat tidur malam apabila ketakutan.

Percaya atau tidak, rasa takut itu sebenarnya.......

Selasa, 20 Mei 2014

Ohzarina : Cuping Telinga Kalimah Allah


 Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.

Isnin, 19 Mei 2014

Ohzarina : 12 Sebab Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita Tua


Kenapa lelaki memilih untuk mencari pasangan dengan wanita yang lebih tua?


1. Wanita berusia lebih matang.Kerana wanita yang berusia lebih matang dari segi perangainya dan lebih bijak dalam menentukan halatuju hidup mereka.

Jumaat, 18 April 2014

Ohzarina : Isteri Gaji Besar Dari Suami Di Dera


AYU menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawan
Pengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai, malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta mendera secara seksual.

Khamis, 17 April 2014

Ohzarina : (4 Gambar) Ibu Terkecil Di Dunia


Masa ini..stacey tengah mengandung….. 
Ini kes tahun 2009. Seorang ibu dikenali sebagai Stacey Herald berusia 36 tahun yang berasal dari Kentucky USA. Stacey seorang ibu yang terkecil di dunia. Tingginya hanya 2 kaki 4 inci.


Walaupun doktor telah memaklumkan kepada beliau bahawa beliau berisiko untuk mati semasa mengandung, beliau kini telah mempunyai 3 orang anak dan bercadang untuk menambah anak lagi.

Rabu, 16 April 2014

Ohzarina : (9 Gambar) Keluarga Bahagia



Kehidupan berkeluarga....macam-macam ragam.....!

Selasa, 15 April 2014

Ohzarina : 7 Tips Memilih Pasangan


Topik yang menjadi sangat sensitif bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka. 
Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira. Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang cucu secepat mungkin.

Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.


1. Perwatakan kelakar

Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita memang suka dengan lelaki yang pandai membuat lawak. Terasa keceriaan dan kegembiraan bila bersama.

Isnin, 14 April 2014

Ohzarina : 5 Tips Meluahkan Perasaan Kepada Si Dia


 1. Keyakinan

Yakin dengan perasaan anda terhadap dia adalah satu perasaan yang sangat ikhlas dan bukan kerana kesunyian ataupun tercabar dek ketiadaan pasangan seperti orang lain. Semua orang tahu, dalam apa juga yang kita lakukan haruslah ada keyakinan. Jadi mestilah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang sudah anda lakukan agar tiada sesal pada kemudian hari.

Selasa, 8 April 2014

Ohzarina : Kenapa Jadi Pemalu Dan 11 Cara Atasinya


 Kalau difikirkan kembali, pelik juga ada orang yang menjadi begitu pemalu hingga sukar untuk diajak bersembang. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Itulah persoalan yang acap kali ditanya kepada teman jika ada antara kamu yang berdepan dengan mereka yang mempunyai karakter sebegini. 

Mengikut teori dan kajian umum, si pemalu bermula daripada anak kecil yang suka menyendiri dan lebih suka melakukan sesuatu di dalam biliknya sendiri. Perasaan malu adalah perasaan gelisah dialami seseorang terhadap pandangan orang lain atas dirinya.

Ohzarina : 5 Tanda Pasang Korang Masih Sayang


 1. Mempunyai hak peribadi masing-masing

Biarpun sudah berumah tangga, namun baik suami ataupun isteri perlu ada waktu peribadi masing-masing. Kedua-duanya boleh menggunakan hari peribadi ini dengan sebaiknya tanpa mengecewakan hati masing-masing. misalnya bertemu rakan-rakan ataupun membuat perkara yang disukainya. Namun pasangan perlu memberitahu apa yang dilakukan agar tidak timbul masalah kelak. Memberikan ruang peribadi yang cukup dan tidak membuatnya rasa tertekan kerana status perkahwinan adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia.

Isnin, 7 April 2014

Ohzarina : 4 Kesan Buruk Menggunakan ‘headphone’ & ‘earphone’


Tidak pelik kalau dilihat anak muda menggunakan ‘earphone’ untuk mendengar muzik ketika menunggu teman, duduk seorang diri sambil minum atau membaca dan paling kronik menjadikan kewajipan untuk tidur malam. Itu adalah obsesi kebanyakan anak muda hari ini.

Malah, ada juga yang mengenakan ‘headphone’ untuk kelihatan lebih bergaya lebih-lebih lagi beberapa jenama terkenal dari barat sudah memperkenalkannya sebagai satu gaya hidup moden terbaru golongan remaja seluruh dunia. Justeru mana mungkin remaja kita mahu ketinggalan.

Ada juga yang mengenakan ‘earphone’ ketika memandu bagi mengelakkan kecuaian bercakap dalam telefon ketika memandu. Kemudian ‘earphone’ itu tidak ditanggalkan walaupun sudah habis berbual.


Semua tindakan ini ada kesannya dan berbahaya namun jarang sekali kita sedar. Mengikut kajian, penggunaan kedua-dua alat ini boleh menyebabkan kesan negatif berpanjangan. Apakah sebabnya?

Jumaat, 4 April 2014

Ohzarina : Cara Ajar Isteri Yang Degil


 Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri  yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Khamis, 3 April 2014

Ohzarina : Alamak !!! Duit Gaji Sudah Habis


 Kita sering keliru antara kemahuan dan keperluan, yang mana perlu didahulukan dan mana yang kurang berkepentingan. Jika hati nekad mahu membeli barang keperluan tetapi diri diuji dengan potongan harga rendah di butik pakaian, sekali gus ‘mematikan’ segala perancangan. Tidak perlu menuding jari kepada perempuan atau lelaki berkaitan isu ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa dan ‘tabiat buruk’ tersendiri.

Hidup sebagai manusia pasti mudah tergoda apatah lagi jika gaji baru masuk, pasti ada saja godaan untuk membeli barangan mewah ataupun produk mahal. Hal ini bukan perkara baru kerana kebanyakan daripada kita sudah mula meneliti barang diinginkan sebelum tibanya hari penerimaan gaji. 

Perancangan awal ini mampu mengganggu bajet bulanan sekiranya tiada simpanan awal walaupun separuh daripada harga produk diketepikan untuk pembelian barangan itu kelak.

Rabu, 2 April 2014

Ohzarina : Diet Yang Salah Tapi Ramai Yang Buat


 Kurus tanpa makan?

Logiknya, kita berpendapat makanan membuatkan seseorang bertambah berat badan hinggakan makanan dicop sebagai punca gemuk. Tetapi persepsi itu sebenarnya menyimpang jauh kerana berat badan meningkat bergantung kepada pola pemakanan dan kategori makanan yang diambil.

Tapi mungkinkah anda dapat menurunkan berat badan dengan hanya mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal? Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya ‘berlapar’ tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan. Risiko sebaliknya pula, berat badan akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.

Selasa, 1 April 2014

Ohzarina : Cara Atasi Kerap Datang Lewat


 Ramai orang kerap lewat dalam menghadiri sesuatu disebabkan masalah seperti kereta rosak, kesesakan lalu lintas ataupun bangun lewat. Meskipun begitu, kesilapan itu mungkin berlaku di luar jangkaan dan bidang kuasa mereka.

Bagi anda yang selalu lewat disebabkan alasan tidak munasabah, adalah tidak patut menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Anda berkemungkinan besar menghadapi risiko seperti kehilangan peluang pekerjaan, hubungan persahabatan menjadi renggang dan lain-lain lagi.

Ini semua berpunca daripada diri anda yang membenarkan kelewatan itu menguasai diri. Sebelum risiko kehilangan kawan bertambah, anda perlu lakukan sesuatu untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Sabtu, 29 Mac 2014

Ohzarina : Seluar Ketat Bermasalah


Gambar hiasan
 Tidak dinafikan, ramai orang sukakan gaya mengikut fesyen terkini dan digilai ramai, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka sering menukar penampilan mengikut peredaran zaman. Remaja lelaki khususnya gemar memakai seluar ‘skinny’ dan mengikut fesyen yang digemari wanita itu.

Apa yang paling menarik ialah seluar ‘skinny’ itu terbukti menjadi kegilaan ramai selain meraih populariti dalam kalangan remaja Malaysia. Pemakaian seluar jenis ini sebenarnya bertujuan untuk kelihatan lebih bergaya, namun terdapat remaja memakainya untuk kelihatan lebih kurus daripada saiz badan sebenar.

Jumaat, 31 Januari 2014

Ohzarina :Rakaman Jumpa Toyol

Sangat menakutkan….jumpa toyol..? ada perna?


Khamis, 30 Januari 2014

Ohzarina : 19 Fakta Menarik Mengenai Islam


Fakta menarik tentang Islam yang petik dari beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.


2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

Rabu, 29 Januari 2014

Ohzarina : Kini Berlaku Tanda Awal Kiamat 2014


 Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat. Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Ohzarina : Sembunyi Isteri Dalam Bilik Air


Gambar Hiasan 
Demi mengelakkan isterinya ditahan, seorang lelaki Myanmar sanggup menipu dengan mendakwa tinggal sendirian apabila pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Belakang Masjid Intan Syafinaz, Anak Bukit, dekat sini, semalam.

Selasa, 28 Januari 2014

Ohzarina : Keluarga Ikat Perut Kerana Cerut


“Ini semua bahana cerut import dari Cuba. Akibatnya, saya dan anak-anak terpaksa ‘mengikat perut’ kerana tidak mempunyai wang dan terpaksa mencari pendapatan lain berikutan suami terlalu taasub dengan hobi peliknya yang ketagih menghisap cerut berjenama luar negara.

Ohzarina : Pelajar Malaysia Di Hukum Makan Rumput


Dua pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng di sini yang diperlakukan seperti lembu oleh seorang guru lelaki akibat gagal menyiapkan kerja rumah tidak patah semangat untuk kembali ke sekolah walaupun mereka diejek dengan panggilan lembu oleh segelintir pelajar lain semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...