Jumaat, 18 April 2014

Ohzarina : Isteri Gaji Besar Dari Suami Di Dera


AYU menceritakan kisah ditumbuk suami kepada wartawan
Pengorbanan mereka mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga bukan saja tidak dihargai, malah suami yang mereka tanggung bertindak kejam dengan memukul, mengugut serta mendera secara seksual.

Khamis, 17 April 2014

Ohzarina : (4 Gambar) Ibu Terkecil Di Dunia


Masa ini..stacey tengah mengandung….. 
Ini kes tahun 2009. Seorang ibu dikenali sebagai Stacey Herald berusia 36 tahun yang berasal dari Kentucky USA. Stacey seorang ibu yang terkecil di dunia. Tingginya hanya 2 kaki 4 inci.


Walaupun doktor telah memaklumkan kepada beliau bahawa beliau berisiko untuk mati semasa mengandung, beliau kini telah mempunyai 3 orang anak dan bercadang untuk menambah anak lagi.

Rabu, 16 April 2014

Ohzarina : (9 Gambar) Keluarga Bahagia



Kehidupan berkeluarga....macam-macam ragam.....!

Selasa, 15 April 2014

Ohzarina : 7 Tips Memilih Pasangan


Topik yang menjadi sangat sensitif bagi orang muda apabila jodoh dicari orang tua mereka. Maklumlah emak atau ayah, kalau ada kenalan yang mempunyai anak teruna atau dara yang masih solo, pasti akan cuba dikenal kepada anak mereka. 
Tak kira sama ada anak itu berkenan atau tidak, belakang kira. Asalkan hujung tahun anak mereka naik pelamin dan seterusnya menimang cucu secepat mungkin.

Pemilihan pasangan yang tepat adalah salah satu kebahagiaan yang dicari oleh golongan muda untuk menjadikan seseorang itu sebagai pasangan sehidup semati. Bagaimanapun tidak mudah untuk membuat keputusan berkaitan calon pilihan.


1. Perwatakan kelakar

Lelaki yang dapat memberikan senyuman dan ketawa buat seorang perempuan adalah yang paling dicari. Wanita memang suka dengan lelaki yang pandai membuat lawak. Terasa keceriaan dan kegembiraan bila bersama.

Isnin, 14 April 2014

Ohzarina : 5 Tips Meluahkan Perasaan Kepada Si Dia


 1. Keyakinan

Yakin dengan perasaan anda terhadap dia adalah satu perasaan yang sangat ikhlas dan bukan kerana kesunyian ataupun tercabar dek ketiadaan pasangan seperti orang lain. Semua orang tahu, dalam apa juga yang kita lakukan haruslah ada keyakinan. Jadi mestilah yakin dengan diri sendiri dengan apa yang sudah anda lakukan agar tiada sesal pada kemudian hari.

Selasa, 8 April 2014

Ohzarina : Kenapa Jadi Pemalu Dan 11 Cara Atasinya


 Kalau difikirkan kembali, pelik juga ada orang yang menjadi begitu pemalu hingga sukar untuk diajak bersembang. Mengapa keadaan ini boleh berlaku? Itulah persoalan yang acap kali ditanya kepada teman jika ada antara kamu yang berdepan dengan mereka yang mempunyai karakter sebegini. 

Mengikut teori dan kajian umum, si pemalu bermula daripada anak kecil yang suka menyendiri dan lebih suka melakukan sesuatu di dalam biliknya sendiri. Perasaan malu adalah perasaan gelisah dialami seseorang terhadap pandangan orang lain atas dirinya.

Ohzarina : 5 Tanda Pasang Korang Masih Sayang


 1. Mempunyai hak peribadi masing-masing

Biarpun sudah berumah tangga, namun baik suami ataupun isteri perlu ada waktu peribadi masing-masing. Kedua-duanya boleh menggunakan hari peribadi ini dengan sebaiknya tanpa mengecewakan hati masing-masing. misalnya bertemu rakan-rakan ataupun membuat perkara yang disukainya. Namun pasangan perlu memberitahu apa yang dilakukan agar tidak timbul masalah kelak. Memberikan ruang peribadi yang cukup dan tidak membuatnya rasa tertekan kerana status perkahwinan adalah kunci kepada rumah tangga yang bahagia.

Isnin, 7 April 2014

Ohzarina : 4 Kesan Buruk Menggunakan ‘headphone’ & ‘earphone’


Tidak pelik kalau dilihat anak muda menggunakan ‘earphone’ untuk mendengar muzik ketika menunggu teman, duduk seorang diri sambil minum atau membaca dan paling kronik menjadikan kewajipan untuk tidur malam. Itu adalah obsesi kebanyakan anak muda hari ini.

Malah, ada juga yang mengenakan ‘headphone’ untuk kelihatan lebih bergaya lebih-lebih lagi beberapa jenama terkenal dari barat sudah memperkenalkannya sebagai satu gaya hidup moden terbaru golongan remaja seluruh dunia. Justeru mana mungkin remaja kita mahu ketinggalan.

Ada juga yang mengenakan ‘earphone’ ketika memandu bagi mengelakkan kecuaian bercakap dalam telefon ketika memandu. Kemudian ‘earphone’ itu tidak ditanggalkan walaupun sudah habis berbual.


Semua tindakan ini ada kesannya dan berbahaya namun jarang sekali kita sedar. Mengikut kajian, penggunaan kedua-dua alat ini boleh menyebabkan kesan negatif berpanjangan. Apakah sebabnya?

Jumaat, 4 April 2014

Ohzarina : Cara Ajar Isteri Yang Degil


 Menurut pendakwah bebas dan penulis buku motivasi, Ustaz Mohd Fikri Che Hussain kisah degil para isteri ini telah pun berlaku sejak dari zaman para nabi terdahulu. Kisah isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth a.s yang mengingkari dan menolak dakwah suaminya, hingga mereka termasuk di kalangan orang yang kufur dan dimurkai oleh Allah diabadikan dalam al-Quran untuk ditatapi sebagai pedoman dan panduan hidup.

Lumrah perkahwinan ada dugaannya dan diuji dengan isteri yang degil mungkin sebahagian daripada dugaan buat suami. Boleh jadi ia berpunca daripada sikap isteri  yang kurang matang, terlalu manja, emosional tak bertempat, terlalu cemburu, kerap merajuk, ego dan sombong serta perkahwinan tidak sekufu. Oleh itu bagaimana suami mendidik isteri sebegini. Ikuti tips daripada Ustaz Mohd Fikri.

Nasihati isteri dengan kebaikan

Khamis, 3 April 2014

Ohzarina : Alamak !!! Duit Gaji Sudah Habis


 Kita sering keliru antara kemahuan dan keperluan, yang mana perlu didahulukan dan mana yang kurang berkepentingan. Jika hati nekad mahu membeli barang keperluan tetapi diri diuji dengan potongan harga rendah di butik pakaian, sekali gus ‘mematikan’ segala perancangan. Tidak perlu menuding jari kepada perempuan atau lelaki berkaitan isu ini kerana setiap orang mempunyai cita rasa dan ‘tabiat buruk’ tersendiri.

Hidup sebagai manusia pasti mudah tergoda apatah lagi jika gaji baru masuk, pasti ada saja godaan untuk membeli barangan mewah ataupun produk mahal. Hal ini bukan perkara baru kerana kebanyakan daripada kita sudah mula meneliti barang diinginkan sebelum tibanya hari penerimaan gaji. 

Perancangan awal ini mampu mengganggu bajet bulanan sekiranya tiada simpanan awal walaupun separuh daripada harga produk diketepikan untuk pembelian barangan itu kelak.

Rabu, 2 April 2014

Ohzarina : Diet Yang Salah Tapi Ramai Yang Buat


 Kurus tanpa makan?

Logiknya, kita berpendapat makanan membuatkan seseorang bertambah berat badan hinggakan makanan dicop sebagai punca gemuk. Tetapi persepsi itu sebenarnya menyimpang jauh kerana berat badan meningkat bergantung kepada pola pemakanan dan kategori makanan yang diambil.

Tapi mungkinkah anda dapat menurunkan berat badan dengan hanya mengurangkan pengambilan makanan, mengambil ubatan tertentu tanpa melakukan apa-apa aktiviti fizikal? Anda mungkin dapat mengurangkan berat badan dengan hanya ‘berlapar’ tetapi tidak mungkin mendapat bentuk badan yang diidamkan. Risiko sebaliknya pula, berat badan akan naik mendadak apabila anda kembali makan seperti biasa.

Selasa, 1 April 2014

Ohzarina : Cara Atasi Kerap Datang Lewat


 Ramai orang kerap lewat dalam menghadiri sesuatu disebabkan masalah seperti kereta rosak, kesesakan lalu lintas ataupun bangun lewat. Meskipun begitu, kesilapan itu mungkin berlaku di luar jangkaan dan bidang kuasa mereka.

Bagi anda yang selalu lewat disebabkan alasan tidak munasabah, adalah tidak patut menjadikan ia sebagai suatu kebiasaan. Anda berkemungkinan besar menghadapi risiko seperti kehilangan peluang pekerjaan, hubungan persahabatan menjadi renggang dan lain-lain lagi.

Ini semua berpunca daripada diri anda yang membenarkan kelewatan itu menguasai diri. Sebelum risiko kehilangan kawan bertambah, anda perlu lakukan sesuatu untuk berubah ke arah yang lebih positif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...