Selasa, 5 Ogos 2014

Ohzarina : 7 Cara Kempiskan Perut


 Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

Isnin, 4 Ogos 2014

Ohzarina : Petua Untuk Menghalau Lipas Di Dapur Atau Ruang Tamu Anda


Perut lipas mengandungi cacing halus dan lembut yang akan hidup meskipun di luar daripada tubuh lipas. Bila cacing ini berada luar daripada tubuh lipas, dia akan mencari tempat baru. Cacing ini bersaiz pendek dan dapat dilihat melalui mata kasar pada jarak 10-20 cm.

Anda tidak percaya! Ia boleh dibuktikan melalui kaedah ini dengan cara meletakkan isi perut lipas di atas kertas hitam atau cermin dan anda dapat lihat cacing yang keluar dari perut lipas yang meronta-ronta mencari tempat baru.


Sangat bahaya, jika cacing ini memasuki kulit tubuh kita terutama kaki kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka. Anda ingin tahu petua untuk menghalau lipas di dapur atau ruang tamu anda. Jom ketahuinya!

Jumaat, 1 Ogos 2014

Ohzarina : (6 Gambar) Popular Dan Berjaya Selepas Gagal


Thomas Edison
Kata orang, usaha itu tangga kejayaan. Untuk mencapai matlamat diinginkan, ia harus bermula dari bawah dan tidak kurang juga halangan hebat yang menanti. Tidak semua selebriti ataupun orang ternama dilahirkan berjaya dengan serta merta.

Mereka juga bermula dari bawah untuk menempa kejayaan. Beberapa individu ternama yang pernah gagal beberapa kali, namun tidak pernah menyerah kalah serta bangkit untuk berjaya. 

1. Thomas Edison pernah dicemuh dan dilontarkan kata-kata yang tidak baik padanya ketika masih di bangku sekolah. Guru sekolahnya masing-masing mengatakan dia sangat bodoh dalam mempelajari sesuatu. Namun, Edison membuktikan bahawa kata-kata itu hanyalah bohong dengan mencipta beberapa alat yang berupaya mengubah dunia seperti lampu elektrik praktikal dan juga kamera yang menggunakan filem. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...