Positif Covid-19 Selepas Curang Pada Isteri


Kisah seorang lelaki  X yang disahkan positif Covid-19 selepas bertemu dengan kekasih gelapnya di Itali.



Lelaki x kini sedang menjalani pengasingan selepas pulang ke negara tersebut. Bagaimanapun, lelaki x ini masih dalam keadaan bingung untuk memberitahu kepada isterinya berhubung punca jangkitan yang dia alami.

Isteri lelaki x ini juga tidak tahu bagaimana pasangannya boleh mendapat Covid-19.

Lelaki x ini ada mengaku kepada pasukan perubatan di utara England bahawa dia sebelum itu ke Itali untuk bertemu wanita lain. Dia enggan memberitahu identiti wanita misteri itu kerana bimbang ia diketahui oleh isterinya.

Sumber berkata, kes itu menjadi lucu walaupun sebenarnya membabitkan isu keselamatan kesihatan yang serius. Lelaki itu mengaku pergi ke Itali dan isterinya tidak mengetahui.

Manakala isterinya hanya berfikir suaminya mendapat virus ketika urusan perniagaan. Ketika dalam rawatan, lelaki itu bertegas tidak mahu menamakan perempuan simpanannya.

Kini United Kingdom mencatatkan 1,950 kes positif Covid-19 dan daripada jumlah itu, 71 orang disahkan meninggal dunia. Pesakit paling tua direkodkan meninggal dunia di negara itu berusia 95 tahun.

sumber

Catat Ulasan

0 Ulasan